Saturday, August 27, 2011

RM4 bilion pinjaman PTPTN tahun ini

JOHOR BAHRU 20 Ogos – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan pinjaman RM4 bilion untuk 206,938 penuntut yang layak pada tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pinjaman itu diharap tidak disalahgunakan penerima dan dibelanja sepenuhnya untuk menampung kos pengajian mereka.

“Kita harap para penerima akan memanfaatkan pinjaman untuk tentukan kejayaan mereka di universiti dengan menguruskan perbelanjaan secara berhemah.

“Penerimanya berasal daripada keluarga berpendapatan bawah RM4,000 sebulan,” katanya selepas majlis penyerahan borang PTPTN di Dewan Raya Seri Alam, Pasir Gudang, dekat sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk M. Munusamy; ADUN Johor Jaya, Tan Cher Puk dan Pengurus Bahagian Pinjaman PTPTN, Abd. Ghaffar Yusop.

Menurutnya, hingga kini, sebanyak RM39.87 bilion telah diberikan kepada 1.8 juta penuntut universiti sejak PTPTN diperkenalkan.

Beliau berkata, kerajaan akan meneruskan subsidi yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) antara 85 peratus hingga 90 peratus bagi meringankan beban rakyat.

“PTPTN juga hanya mengenakan caj satu peratus untuk pinjaman yang boleh juga dihapuskan jika pelajar memperoleh keputusan peperiksaan akhir yang cemerlang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, seramai 41,267 orang akan diambil memasuki IPTA bagi sesi 2011/2012 bermula September ini.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 35,479 orang menerima pinjaman PTPTN berjumlah RM53.2 juta dan pendahuluan RM1,500 akan diberi untuk pendaftaran masuk iaitu pada 3 September dan 9 September ini.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

sumber : http://khalednordin.com/?p=1204

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY EXAMINATION

HAPPY EXAMINATION