Saturday, August 20, 2011

PENYELARASAN YURAN KOLEJ: ULASAN DAN SIKAP PMUKM


Beberapa perkara yang berkaitan penyelarasan yuran kolej telah menimbulkan polemik di kalangan warga UKM.

Pada masa ini, penyelarasan tersebut tidak berlaku memandangkan cadangan tersebut tidak diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti. Jadi, harga yuran kolej kediaman akan tetap pada harga sebelum ini, iaitu RM 2.50/hari (bagi asrama, pra siswazah, kecuali KKM dan KPZ)

Kekeliruan tentang pertambahan jumlah yuran kolej dalam akaun pelajar, iaitu RM 650 atau RM 770 boleh dijelaskan seperti di bawah:

1.   i.    Nilai dalam akaun tersebut adalah nilai cadangan sekiranya cadangan penyelarasan harga kolej diluluskan oleh mesyuarat LPU.
2. ii.  Pertambahan nilai dalam akaun tersebut telah berlaku sejak minggu lepas. Keputusan rasmi LPU berkaitan cadangan penyelarasan harga kolej hanya diketahui pada minggu ini. Secara ringkas, seolah-olah berlaku ‘redundancy’ dalam urusan tersebut. Dalam hal ini, ia  berkisar kepada masalah komunikasi dan teknikal.
3.   iii.  Pihak Bendahari memberi jaminan bahawa nilai tersebut akan turun semula seperti nilai asal.

Penyelarasan ini, sekiranya berlaku, akan memberi impak positif dan negatif seperti yang dinyatakan di bawah:

Impak positif

1.  -   Harga yuran kolej pelajar siswazah adalah sama dengan pelajar pra siswazah, iaitu RM 3.50/hari (asrama) dan RM 4.50/hari (pangsarama)
2.  -    Pelajar KKM dan KPZ akan menikmati penurunan harga kolej kepada harga yang sama dengan penghuni kolej lain.


Impak negatif

1.  -    Penghuni kolej lain (pra siswazah) selain akan KKM dan KPZ akan mengalami kenaikan harga kepada RM 3.50/hari (asrama)


Maklumat tentang harga sebenar yuran penginapan kolej (Kampus Bangi) dan bagaimana ia ditolak dari akaun pelajar boleh diketahui berdasarkan jadual dan huraian di bawah:

Kolej
Jenis penginapan
Harga/hari
Tempoh penginapan
Yuran elektrik  (RM)
Bayaran wi-fi (RM)
Jumlah(RM)
Kampus Bangi (Selain KIZ, KKM & KPZ)
Asrama
2.50
18 minggu
25
45
485
Flatlet
3.70
18 minggu
25
45
636
KIZ
2 orang/bilik
3.00
18 minggu
25
45
548
Seorang/bilik
5.00
18 minggu
25
45
800
KKM & KPZ
2 orang/bilik
4.50
18 minggu
25
45
737
seorang/bilik
5.00
18 minggu
25
45
800
(Sumber: Jabatan Bendahari UKM)

Pada waktu ini (selepas dibetulkan semula oleh Bendahari dan PTM), walaupun seseorang pelajar mungkin menginap di bilik yang berbeza, yuran keseluruhan kolej pelajar DALAM AKAUN adalah RM 485 (asrama, selain KPZ dan KKM) manakala yuran keseluruhan kolej pelajar DALAM AKAUN untuk KKM dan KPZ adalah RM 737. Kedua-dua jumlah tersebut akan ditolak secara ‘lump sum’ dari akaun mereka. Dalam erti kata lain, pelajar yang menginap di flatlet atau bilik seorang akan mendapati jumlah yang ditolak dalam akaun mereka hanyalah RM 485 atau RM 737 dan baki tersebut (RM 151 atau RM 63) perlu dibayar secara manual oleh pelajar tersebut.

                Walau bagaimanapun, nilai yuran penginapan kolej di KTSN dan KTDI berbeza berdasarkan jenis bilik yang dihuni. Apa yang pasti, ia mengikut harga asal dan berjumlah RM 485 (KTSN) dan RM 786 (KTDI, jika waktu pengajian adalah 22 minggu).

Berdasarkan fakta di atas, PMUKM berpandangan:

1.                   Dalam hal yang berkaitan pelajar, pentadbiran universiti harus bersikap terbuka dan membuka ruang perbincangan yang bermakna dengan PMUKM. Hal ini selari dengan perakuan Naib Canselor bahawa golongan pelajar adalah aset yang paling berharga bagi universiti. Sejajar dengan amanah dipikul oleh PMUKM sebagai persatuan yang menaungi seluruh mahasiswa UKM, semua pihak harus bersikap terbuka dan matang. Kepimpinan mahasiswa tidak harus ‘dipukul ratakan’ seperti kepimpinan sekolah. Bahkan golongan ini perlu diraikan peranan dan kehadiran mereka dalam perbincangan-perbincangan universiti berkaitan polisi, perlaksanaan visi dan misi UKM serta kebajikan mahasiswa. Adalah malang sekiranya kepimpinan mahasiswa dianggap oleh sesetengah pihak sekadar pelaksana program (AJK teknikal? Hihi) saja, tanpa menyedari potensi besar yang ada.

2.                   PMUKM menerima dengan baik keputusan LPU. Hal ini tidak bermaksud PMUKM tidak memperjuangkan penurunan harga kolej untuk penghuni siswazah, KKM dan KPZ. Secara ideal, harga penginapan kolej selain KKM & KPZ yang sedia ada  dan penurunan harga yuran penginapan di KKM dan KPZ beserta pelajar siswazah tempatan adalah yang terbaik.

3.                   PMUKM komited untuk memperjuangkan penurunan harga kolej untuk pelajar siswazah tempatan dan penghuni KKM dan KPZ. KKM sekarang telah dihakmiliki oleh UKM. Seharusnya, secara kasar, yuran kolej KKM boleh diturunkan. Pada masa yang sama, PMUKM menyatakan kerbersamaan dengan pentadbiran universiti untuk mengambil alih KPZ demi kebaikan mahasiswa UKM

4.          Sesetengah kolej (sila baca: KKM dan KPZ) mengalami kadar yuran penginapan kolej yang lebih tinggi.Perkara ini bukanlah diminta sendiri oleh mereka, tetapi atas beberapa faktor yang lebih diketahui pada peringkat pentadbiran univerisiti, menyebabkan ada sebahagian mahasiswa terpaksa menanggung beban yang lebih berbanding mahasiswa lain. Adalah sesuatu yang terpuji sekiranya semua mahasiswa berkongsi kesenangan dan kesusahan, jika ada, secara kolektif.

5.                   Perjuangan PMUKM untuk menurunkan harga penginapan kolej KKM dan KPZ perlu disokong secara kolektif oleh JAKSA, PMF dan persatuan-persatuan lain. Ura-ura ini telah bertahun-tahun tersebar, sedangkan PMUKM baru 6 bulan memegang tampuk kepimpinan. Sudah tentu ada beberapa perkara yang berkaitan telah berlaku sebelum kepimpinan PMUKM diangkat pada Mac lepas. Dalam sela tersebut, PMUKM melalui pelbagai cabaran dan ujian. Kita harus mengelakkan budaya menyalahkan secara semberono. Jika ia dilakukan oleh pihak yang hasad untuk mengambil kesempatan, maka sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi balasan. 

PMUKM merancang untuk menghantar kertas kerja cadangan  yuran kolej untuk dibincangkan secara kolektif oleh pentadbiran universiti. PMUKM berpendapat adalah baik sekiranya pimpinan PMUKM turut diberi ruang untuk memberikan pandangan dalam mesyuarat Senat dan LPU. Kertas kerja tersebut mengandungi justifikasi dan cadangan PMUKM tentang penyelesaian terbaik berkaitan yuran kolej kediaman.


Saudara Izuudin Pisol berkata, “Kita sedang melakukan penyelidikan supaya cadangan yang bakal kita (PMUKM) bawakan dapat memberi penyelesaian terbaik kepada semua pihak. Kami sentiasa membuka pintu perbincangan dengan semua. Kami harap mahasiswa UKM dapat merujuk terus kepada PMUKM dan dalam blog, facebook dan youtube PMUKM”.

“Bersama Mahasiswa Realisasi Varsiti”

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY EXAMINATION

HAPPY EXAMINATION