Friday, April 22, 2011

PENGUMUMAN TAMBAHAN

Assalamualaikukm W.B.T dan selamat sejahtera,


Pengumuman sebelum ini telah menjelaskan bahawa bilik-bilik BLOK A, B, C, E, F serta BLOK 6, 7 bakal mengalami kerja-kerja baikpulih perabot dan kemudahan asas, bagi penghuni yang sukar untuk membawa barang kepunyaannya pulang ke kampung, anda boleh


  •   menyimpan barang-barang di bilik stor blok masing-masing atau
  •   menyewa bilik di  blok-blok G, H, J & E 
Urusan sewaan bilik boleh terus berhubung dengan Pihak Pentadbiran Kolej.

Tidak lupa juga bagi penghuni Plaza Rah, K5, dan K4 yang ingin meninggalkan barang di rumah anda, diminta untuk terus berurusan dengan pihak Pentadbiran Kolej di K5 dan di K4.

daripada :
Kamarul Hatem bin Mohammad
Nurul Akma binti Zulkiefli


 

PEKELILING PELAJAR KOLEJ TUN SYED NASIR

Pelajar-pelajar yang menginap di semua kolej KTSN diminta membuat persediaan/tindakan dan mematuhi peraturan pengosongan bilik pada cuiti semester 2 yang akan bermula pada 30 April 2011.  Persediaan dan peraturan yang yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

    1. Membuat pengesahan tawaran tempat tinggal  mulai 1 April 2011 menerusi laman web UPP. Pelajar yang gagal membuat pengesahan tempat tinggal dalam tempoh yang ditetapkan dianggap tidak berminat tinggal di kolej. Oleh itu tawaran tersebut secara automatiknya terbatal. Sekiranya berminat semula untuk menginap di kolej, pelajar perlu mengisi borang permohonan dan kadar caj perkhidmatan akan dikenakan.
 
    2.Pelajar yang tidak memohon tempat tinggal pada semester 1 sesi 2011/2012 perlu mengisi borang secara manual. Kelulusan bergantung kepada baki kekosongan yang ada selepas proses pemilihan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Kolej.

    3. Pelajar yang hendak membuat sebarang rayuan penukaran kolej atau bilik penginapan di KTSN, sila isi borang rayuan pindah kolej/bilik di pejabat kolej walau bagaimanapun caj perkhidmatan akan dikenakan.

   4. Semua bilik penginapan perlu dibersihkan sebelum mendaftar keluar kolej. kunci bilik asal dipulangkan dan wajib tandatangan di kad daftar penginapan kolej. Denda kebersihan akan dikenakan sekiranya bilik didapati kotor.

  5. Segala kerosakan dalam bilik perlu dilaporkan semasa mendaftar keluar. Jika gagal berbuat demikian denda/caj gantirugi  akan dikenakan ke atas penghuni bilik berkenaan.

  6. Bilik-bilik penginapan mesti dikosongkan. Ruang penyimpanan barang disediakan untuk menyimpan barang yang tidak berharga sahaja dan pihak pentadbiran kolej tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan barangan tersebut. Untuk segala urusan yang berkaitan sila rujuk pejabat kolej. Barang-barang yang hendak disimpan perlu diisi dalam kotak/ beg yang telah dijamin keselamatannya oleh tuanpunya barang.

  7. Pelajar yang ditawarkan penginapan bagi semester 1 sesi 2011/2012 boleh memohon untuk mendapatkan bilik yang diinginkan tetapi kelulusannya tidak dijamin. Bagi pelajar yang ditawarkan penempatan di Plaza Rah dan K4, digalakkan membuat permohonan untuk tinggal dalam satu rumah tetapi kelulusan bergantung kepada kekosongan.

  8. Untuk urusan daftar keluar/masuk kolej sila rujuk papan tanda 'WAKTU PEJABAT BEROPERASI' dan pelajar diwajibkan membawa kad matrik bagi tujuan tersebut.


  9. Pelajar tidak dibenarkan samasekali mewakilkan pelajar lain untuk mendaftar keluar/masuk kolej. Tujuannya adalah untuk mengelakkan timbulnya msalah seperti caj yuran yag berbeza, denda/caj gantirugi atas kesalahan disiplin dan seumpamanya.

PENGUMUMAN !!!!

Daripada Pejabat KTSN :

      Sukacita dimaklumkan kepada semua penghuni KTSN 1, kerja - kerja penukaran perabot dan kemudahan asas bilik pelajar di Blok A, B, C, E, Blok  6 & 7 dan kerja baikpulih Blok F bermula pada minggu kedua Mei dan berakhir pada pertengahan Bulan Ogos 2011.
  
   Sehubungan dengan itu, bilik - bilik penginapan di Blok yang berkenaan perlu dikosongkan untuk memastikan urusan penukaran perabot dan kemudahan asas bilik dapat dilaksanakan dengan lancar.

   Pihak pentadbiran kolej akan membuka penempatan di Blok D, G, H, dan J untuk pelajar yang menginap pada cuti semester 2 untuk tujuan latihan industri/ klinikal/ mengulang dengan surat pengesahan daripada fakulti masing-masing. Selain daripada itu, ianya juga dijadikan penempatan sementara kepada pelajar-pelajar  yang mana bilik mereka terlibat dengan kerja penukaran perabot dan kemudahan asas bilik terutama pelajar Fakulti Perubatan yang mendaftar lebih awal. Pelajar yang terlibat akan dipindahkan ke bilik tetap mereka sebaik sahaja kerja-kerja tersebut selesai.



Saturday, April 9, 2011

PERUTUSAN DARIPADA MPM FAKULTI FARMASI 2010/2011



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah kerana dengan izinNya, kita masih lagi diberi nafas dan peluang untuk terus belajar di bumi UKM ini. Alhamdulillah, saya sekali lagi bersyukur kerana telah terpilih menjadi wakil mahasiswa/i Fakulti Farmasi bagi sesi 2010/2011 seterusnya menjadi insan penghubung dan wakil suara mahasiswa/I yang saya cintai.

PERUTUSAN DARIPADA MPM FAKULTI PERUBATAN 1/2 2010/2011


                                                        

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi penyayang
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, Setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi nikmat untuk hidup dan kesenangan di bumi KTSN ini. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Disini, saya ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada mahasiswa/I fakulti perubatan khususnya dan semua warga UKM amnya, diatas bantuan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mewakili suara anda di dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia(MPMUKM) bagi sesi 2010/2011.

DARI MPM UNTUK MAHASISWA/I



SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR !!!

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY EXAMINATION

HAPPY EXAMINATION