Friday, April 22, 2011

PEKELILING PELAJAR KOLEJ TUN SYED NASIR

Pelajar-pelajar yang menginap di semua kolej KTSN diminta membuat persediaan/tindakan dan mematuhi peraturan pengosongan bilik pada cuiti semester 2 yang akan bermula pada 30 April 2011.  Persediaan dan peraturan yang yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

    1. Membuat pengesahan tawaran tempat tinggal  mulai 1 April 2011 menerusi laman web UPP. Pelajar yang gagal membuat pengesahan tempat tinggal dalam tempoh yang ditetapkan dianggap tidak berminat tinggal di kolej. Oleh itu tawaran tersebut secara automatiknya terbatal. Sekiranya berminat semula untuk menginap di kolej, pelajar perlu mengisi borang permohonan dan kadar caj perkhidmatan akan dikenakan.
 
    2.Pelajar yang tidak memohon tempat tinggal pada semester 1 sesi 2011/2012 perlu mengisi borang secara manual. Kelulusan bergantung kepada baki kekosongan yang ada selepas proses pemilihan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Kolej.

    3. Pelajar yang hendak membuat sebarang rayuan penukaran kolej atau bilik penginapan di KTSN, sila isi borang rayuan pindah kolej/bilik di pejabat kolej walau bagaimanapun caj perkhidmatan akan dikenakan.

   4. Semua bilik penginapan perlu dibersihkan sebelum mendaftar keluar kolej. kunci bilik asal dipulangkan dan wajib tandatangan di kad daftar penginapan kolej. Denda kebersihan akan dikenakan sekiranya bilik didapati kotor.

  5. Segala kerosakan dalam bilik perlu dilaporkan semasa mendaftar keluar. Jika gagal berbuat demikian denda/caj gantirugi  akan dikenakan ke atas penghuni bilik berkenaan.

  6. Bilik-bilik penginapan mesti dikosongkan. Ruang penyimpanan barang disediakan untuk menyimpan barang yang tidak berharga sahaja dan pihak pentadbiran kolej tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan barangan tersebut. Untuk segala urusan yang berkaitan sila rujuk pejabat kolej. Barang-barang yang hendak disimpan perlu diisi dalam kotak/ beg yang telah dijamin keselamatannya oleh tuanpunya barang.

  7. Pelajar yang ditawarkan penginapan bagi semester 1 sesi 2011/2012 boleh memohon untuk mendapatkan bilik yang diinginkan tetapi kelulusannya tidak dijamin. Bagi pelajar yang ditawarkan penempatan di Plaza Rah dan K4, digalakkan membuat permohonan untuk tinggal dalam satu rumah tetapi kelulusan bergantung kepada kekosongan.

  8. Untuk urusan daftar keluar/masuk kolej sila rujuk papan tanda 'WAKTU PEJABAT BEROPERASI' dan pelajar diwajibkan membawa kad matrik bagi tujuan tersebut.


  9. Pelajar tidak dibenarkan samasekali mewakilkan pelajar lain untuk mendaftar keluar/masuk kolej. Tujuannya adalah untuk mengelakkan timbulnya msalah seperti caj yuran yag berbeza, denda/caj gantirugi atas kesalahan disiplin dan seumpamanya.

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY EXAMINATION

HAPPY EXAMINATION