10 Ogos 2011 - Bersempena Ramadhan Al-Mubarak 1432 H ini, MPM FPER 1/2, Kamarul Hatem bin Mohammad, telah turun padang bersama-sama dengan siswa/i Fakulti Perubatan mengedarkan kurma di Dewan Kuliah 1, sekitar jam 2 petang sementara menanti kuliah seterusnya. Beliau yang juga Exco Informasi dan Penerangan PMUKM mengucapkan Selamat Bepuasa kepada semua muslimin dan muslimat Fakulti Perubatan tahun 2. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan semoga bersabar ditujukan kepada mereka memandangkan ketika ini hanya pelajar perubatan tahun 2 sahaja merupakan majoriti yang masih setia di KTSN. Pelajar-pelajar di fakulti lain kebanyakannya masih lagi di rumah menyambut Ramadhan bersama keluarga sebelum mereka menjejakkan kaki ke kolej semula pada 12 September 2011. Sehubungan dengan itu juga MPM Kamarul Hatem menyeru untuk semua siswa/i terus meningkatkan usaha untuk mengapai cita-cita iaitu kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Dunia merupakan sebuah perjalanan sebelum destinasi terakhir, iaitu akhirat muncul.
Akhir kalam, semoga puasa kita diterima oleh Allah SWT dan kita berjaya menjejakkan kaki di 1 Syawal dengan Ijazah Takwa dan keredhaan dariNYA. InsyaAllah
|
Bungkusan edaran kurma bersama dengan ucapan Selamat Menyambut Ramadhan oleh MPM Kamarul Hatem |
|
Warga Cina turut mendapat kurma dari MPM Kamarul Hatem |
|
Wajah-wajah ceria mahasiswa/i perubatan menerima kurma |