Assalamu'alaikum, salam Ramadhan, salam sejahtera, dan salam mahasiswa.
Meneruskan agenda kebajikan mahasiswa, pihak PMUKM bersedia terkehadapan membawa isu-isu kebajikan mahasiswa ke peringkat pentadbiran Universiti. Terbaru, PMUKM juga cakna akan isu yang hangat dibincangkan di laman sosial, Facebook rakan-rakan UKM berkenaan yuran kolej yang dikatakan sudah dinaikkan.
Untuk makluman rakan-rakan, sebagaimana yang telah dilaporkan di blog ini pada awal bulan ini berkenaan isu harga yuran kolej kediaman telah selesai diajukan kepada pihak pentadbiran UKM, khususnya Unit Perumahan Pelajar (UPP) dan Bendahari UKM. Justeru itu, dengan isu terkini yang dikatakan yuran kolej telah naik dilihat juga telah selesai dan tidak perlu digembar-gembur lagi. Ini kerana pihak UKM telah berjanji untuk membuat pengumuman berkenaan harga yuran kolej kediaman bagi sesi pengajian 2011/2012 akan datang dalam masa terdekat sebagai makluman rasmi kepada semua mahasisw
Speaker PMUKM saudara Arif bin Misrol dalam komen beliau di Facebook telah memaklumkan bahawa pihak Bendahari sepatutnya mengeluarkan senarai harga yuran kolej kediaman di UKM pada minggu ini, tetapi masih belum dapat mengeluarkannya kerana sedang membuat perbandingan dengan harga kolej kediaman di IPTA yang lain.
Berkenaan cakap-cakap yang mengatakan PMUKM lewat membawakan isu ini, kami di PMUKM ingin memohon rakan-rakan merujuk laporan berkenaan yuran kolej kediaman di UKM di blog ini pada awal bulan ini. Laporan tersebut jelas buktimanifestasi tindakan pihak PMUKM yang proaktif dan tidak 'duduk berpeluk tubuh' atau bersetuju bulat-bulat dengan pihak pentadbiran Universiti.
Untuk makluman rakan-rakan, pihak PMUKM kini giat mengadakan siri-siri perbincangan dengan pihak pentadbiran UKM serta dalam proses meneliti kewajaran harga kolej kediaman yang terkini, sama ada ia berkurangan atau bertambah berbanding harga yuran kolej sebelum ini.
Di sini, pihak PMUKM ingin menegaskan bahawa kita sebagai wakil suara mahasiswa bersedia membawa apa-apa isu dengan tindakan yang matang dan profesional demi kepentingan kedua-dua pihak; mahasiswa dan pentadbiran Universiti tanpa perlu mencetuskan provokasi.
Justeru itu, diharapkan isu ini tidak perlu digembar-gembur atau ditokok-tambah sehingga mencetuskan suasana tidak tenang di kalangan rakan mahasiswa yang sedang berada di kampung halaman.
Pihak PMUKM juga berjanji akan segera memaklumkan sebarang perkembangan terkini berkenaan isu ini di blog ini dan group laman sosial Facebook PMUKM.
Teruskan bersama kami di PMUKM !
Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti
sumber : http://pm-ukm.blogspot.com/2011/08/harga-kolej-naik.html