Saturday, April 9, 2011

PERUTUSAN DARIPADA MPM FAKULTI FARMASI 2010/2011



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah kerana dengan izinNya, kita masih lagi diberi nafas dan peluang untuk terus belajar di bumi UKM ini. Alhamdulillah, saya sekali lagi bersyukur kerana telah terpilih menjadi wakil mahasiswa/i Fakulti Farmasi bagi sesi 2010/2011 seterusnya menjadi insan penghubung dan wakil suara mahasiswa/I yang saya cintai.
InsyaAllah, segala usaha yang telah dicurahkan oleh sahabat, dorongan, kata-kata semangat dan motivasi telah memberikan kekuatan dan nafas untuk saya menjadi pemimpin dan wakil suara mahasiswa bagi tampuk pemerintahan Majlis Perwakilan Mahasiswa UKM 2011/2012. Semoga segala usaha dan tawakal itu mendapat ganjaran setimpal disisi tuhan yang Maha Esa.

Sahabat mahasiswa sekalian,

Kemenangan ini bukan satu anugerah tetapi satu amanah yang perlu saya pikul. Namun, saya percaya nasihat, pandangan, idea dan teguran daripada sahabat sekalian dapat dijadikan panduan dan pedoman kepada saya untuk  menjadi seorang pemimpin yang professional dan berkarismatik.

"Saudara-saudara sekalian, saya dipilih untuk memimpin kamu semua, dan saya bukanlah orang yang terbaik diantara kamu sekalian. Kalau saya berlaku baik bantulah saya, kalau saya salah, maka luruskanlah. Kebenaran adalah suatu amanah, dan dusta adalah pengkhianatan.”
Ucapan pertama saidina Abu Bakar selepas dilantik menjadi pemimpin


Perjuangan yang tiada pengakhiran daripada mantan MPM lepas iaitu saudara hafizul amin dan saudari Mariah perlu diteruskan dengan halatuju dan mekanisme baru bagi merealisasikan impian semua warga fakulti farmasi untuk melahirkan mahasiswa professional berkualiti dan seiring dengan perkembangan dan keperluan semasa. Justeru saya mengharapkan kerjasama erat dari mahasiswa/I yang saya cintai untuk meneruskan legasi keutuhan antara kita, kebajikan bersepadu serta peningkatan nilai dan profesionalisme dalam menjalani kehidupan semasa bergelar mahasiswa/I fakulti farmasi.

Mahasiswa/I sekalian,
        
Kita digemparkan dengan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini. Tidak lama kemudian, kita dikejutkan pula dengan isu nuklear yang juga berlaku di Jepun. Marilah kita sama-sama berdoa agar semua mangsa bencana berada dalam keadaan selamat dan kita semua terhindar dari kesan radiasi yang tersebar. Ambillah pengajaran dan iktibar dari kejadian ini. Belajarlah bagaimana harga diri rakyat jepun masih terjaga walaupun dalam suasana kucar-kacir.  
Akhir kata, semoga gerak kerja dalam usaha memaksimakan agenda kebajikan mahasiswa/I UKM amnya dan mahasiswa/I UKM kampus KL khususnya berjalan lancar dan dipermudahkan jalannya. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa UKM KL dalam menempuh peperiksaan akhir semester sesi 2010/2011.



‘Ke Arah Mahasiswa Professional Berkualiti’
“Bersama Mahasiswa Merealisasikan Varsiti”




NURUL AKMA BINTI ZULKIEFLI
EXCO KEBAJIKAN
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR FAKULTI FARMASI 2010/2011
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY EXAMINATION

HAPPY EXAMINATION