Wednesday, November 2, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Daripada kami:

PMUKM Kampus Kuala Lumpur (2010/2011)

Saturday, October 29, 2011

Masalah Air Bertakung Di Kolej 4 - Selesai





Gambar 1 : Air yang melimpah di bahagian ruang tamu




                                              Gambar 2 : Air yang bertakung di dalam tandas


Pada 8 oktober 2011, seseorang pelajar fakulti perubatan yang tinggal di salah sebuah rumah di k4 telah membuat aduan kepada saya mengenai air ang bertakung di bilik mandi yang berlanjutan selama seminggu tanpa baik pulih. Air ini telah melimpah sehingga ke ruang tamu menurutnya.

Saya telah mengadukan hal kepada pengetua supaya dia diambil tindakan untuk menyelasaikan masalah ini. Alhamdulillah pengetua telah mengajukan masalh ini kepada tuan bangunan tersebut. Pada 12 oktober kerana masalah masih tidak dapat di selesaikan, saya telah menghubungi pejabat KTSN iaitu Puan Hamidah untuk mengemaskini status masalah ini, dan mendapat info bahawa masalah ini akan di baiki keesokan hari, iaitu pada 13 oktober. Namun setelah bercakap sendiri dengan pekerja yang membaiki, katanya masalah ini dia tidak dapat selesaikan dan mencadangkan keada saya untuk mengajukan kepada tuan bangunan. Saya telah menghubungi Puan Hamidah mengenai masalah ini,dan beliau berjanji akan menyelasaikan masalah ini pada miggu hadapan. sementara itu saya telah mengusahakan perpindahan sementara pelajar-pelajar yang tinggal di rumah tersebut.

Pada 17 oktober 2011, Alhamdulillah masalah ini telah dapat diselesaikan oleh kontraktor.terima kasih kepada pihak pentadbiran kerana prihatin tentang masalah ini.


"Kebajikan Anda Tanggungjawab Kami"

"Ke Arah Fakulti Cemerlang"

Disediakan oleh :

Kamarul Hatem b Muhammad
MPP fakulti Perubatan
Exco Penerangan dan informasi
PMUKM 2010/2011





Tuesday, October 25, 2011

mid sem exam




Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan.  Di kesempatan ini, saya, Kamarul Hatem bin Mohammad dan rakan seperjuangan Nurul Akma binti Zulkiefli ingin mengucapkan "selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Semeter 2011/2012" 

Gunakanlah masa yang masih berbaki ini sebaiknya. 

Selamat Berusaha & Semoga Berjaya

HAPPY DEEPAVALI



Salam sejahtera dan Selamat menyambut perayaan cahaya bagi pelajar india yang beragama hindu dan juga bagi mereka yang sikh. Deepavali atau lebih dikenali dengan pesta cahaya cukup sinonim dengan nyalaan pelita tanda merayakan kejayaan Dewa Krishna membunuh Narakasura. Kisah ini lebih popular di kalangan masyarakat India di Malaysia.

Namun bagi masyarakat di benua kecil di India, mitos Deepavali lebih dikaitkan dengan kisah daripada epik Ramayana, yang telah berjaya membunuh Ravana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Kepulangan mereka dengan kejayaan ini telah disambut dengan nyalaan lampu dan pesta

(penulisan diadaptasi daripada :  Deepavali Perayaan Cahaya Penuh Simbolik http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/395-artikel/7736-deepavali-perayaan-cahaya-penuh-simbolik.html  pada 26hb Oktober 2011)


Wednesday, September 21, 2011

konvokesyen


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua mahasiswa/i yang sudah lengkap tahun pengajian mereka. Kini, tibalah masanya mereka akan bergraduasi.

kepada rakan-rakan mahawsiwa/i ingatlah kamu semuanya ibarat benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau. Semoga kalian semua menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diajar dengan sebaiknya.

Wednesday, September 14, 2011

SALAM TAKZIAH....

 السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

dan salam sejahtera buat rakan-rakan mahasiswa/i di Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Kuala Lumpur.


            Buat mahasiswa/i lama yang telah selamat kembali ke kampus, mulakanlah langkahan anda dengan bersungguh-sungguh. Tanamkan tekad untuk mendapat kejayaan cemerlang. Kita seringkali menginginkan detik-detik yang indah, namun begitu saat panggilan Illahi tiada siapa bisa menghalang. Di kesempatan ini, saya Kamarul Hatem bin Muhammad dan teman seperjuangan saya, Nurul Akma binti Zulkiefli ingin memohon sahabat sekalian menyedekahkan Al-Fatihah buat ayahanda tercinta mahasiswi Wan Aini Sofia binti Mohammed, Farmasi/2 yang telah pulang ke Rahmatullah hari ini.

           Semoga Saudari Wan Aini Sofia binti Mohammed tabah menghadapi ujian ini. Semoga ayahanda saudari ditempatkan di kalangan orang-orang yang mendapat keampunan dan tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaqwa dan beriman. Aminn...


Tuesday, September 13, 2011

SELAMAT DATANG MAHASISWA/I BARU !!!


Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamu’alaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk menikmati jutaan nikmat yang dikurniakan oleh Yang Maha Esa pada hari ini. Syukur dipanjatkan pada Ilahi atas nikmat yang tidak terhitung ini. Selawat dan salam juga dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan sahabat baginda.
Di kesempatan ini, saya mengucapkan setinggi – tinggi tahniah kepada adik – adik yang telah berjaya mendaftarkan diri di perbukitan ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia pada 7 September 2011 yang lepas. Moga adik – adik memanfaatkan peluang belajar ini dengan sebaik – baiknya. Gunakan peluang melanjutkan pelajaran di medan universiti ini dengan menimba ilmu sebanyak yang mungkin. Mari bersama – sama kita merealisasikan moto universiti kebanggaan kita ini iaitu “mengilhamkan harapan, mencipta masa depan”.
Tidak lupa juga diucapkan selamat kembali kepada pelajar – pelajar senior. Moga sesi 2011 / 2011 kali ini merupakan sesi bagi kita sama – sama melakar kecemerlangan dalam menggarap ilmu bagi meningkatkan keintelektualan kita sebagai mahasiswa / i Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang akademik dan juga kemahiran generik.
Siswa / i sekalian,
Sekiranya ada sebarang aduan, masalah, kritikan, penambahbaikan atau cadangan, anda boleh menghantar e-mel anda ke alamat e-mel saya iaitu akmazulkiefli@yahoo.com. Selain itu, anda juga boleh menghubungi saya melalui laman Facebook PMUKM Fakulti Farmasi 2010 / 2011 atau laman Facebook persendirian saya iaitu Akma Zulkiefli .  Saya juga boleh dihubungi melalui blog PMUKM Kampus Kuala Lumpur iaitu http://mpmukmkl.blogspot.com/ . Insya ALLAH, segala permasalahan dan cadangan anda akan cuba saya selesaikan bagi memaksimumkan agenda kebajikan anda sebagai mahasiswa / i UKM.
Sekian.
Wassalam.
“Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti”
NURUL AKMA BT ZULKIEFLI
MPP FAKULTI FARMASI @ EXCO BIRO KEBAJIKAN DAN ADUAN
PMUKM 2010/2011
0139747685

Saturday, August 27, 2011

Salam Merdeka

Assalamu’alaikum wbt dan selamat sejahtera.
Kami,  wakil Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) Kampus Kuala Lumpur mengucapkan selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 54 yang jatuh pada tanggal 31 Ogos 2011 ini kepada semua rakyat Malaysia khususnya sahabat – sahabat mahasiswa dan mahasiswi UKM dan seluruh warga UKM. Alhamdulillah, hari ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini juga jatuh pada 2 Syawal 1432H yang bersamaan juga Hari Raya Aidilfitri yang kedua buat umat Islam.
Menyahut tema sambutan kemerdekaan kebangsaan pada tahun ini iaitu “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”, marilah kita sama – sama mentransformasikan diri daripada diri yang dulu kepada yang lebih baik dengan impak ibadah dalam bulan Ramadhan yang telah kita jalani sebelum ini. Signifikan hari kemerdekaan yang jatuh pada bulan Syawal ini bukan hanya semata – mata perlu dirasai dengan merdekanya negara kita daripada kawalan kuasa asing. Merdeka daripada penindasan dan penjajahan. Merdeka daripada mengikut telunjuk orang lain.
Namun begitu, ayuh kita raikan juga sambutan hari kemerdekaan dalam bulan Syawal pada tahun ini dengan memerdekakan diri kita daripada hawa nafsu yang membelenggu selama ini. Moga kita mampu lepas dan bebas daripada telunjuk dan perhambaan kepada syaitan pasca Ramadhan kali ini. Semoga dengan itu, kita mampu hidup dalam Redha Ilahi dan sejahtera bersama Rahmat – Nya sentiasa.
Merdeka daripada menjadi hamba syaitan dan hamba nafsu, kemerdekaan hakiki yang diraikan pada sebuah Aidilfitri. Iaitulah kembalinya manusia kepada asal. Kepada Fitrah. Moga kita mampu memaknakan sambutan Hari Kemerdekaan dalam sebuah Aidilfitri dengan sebenar – benar makna bebas dan merdeka!



RM4 bilion pinjaman PTPTN tahun ini

JOHOR BAHRU 20 Ogos – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan pinjaman RM4 bilion untuk 206,938 penuntut yang layak pada tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pinjaman itu diharap tidak disalahgunakan penerima dan dibelanja sepenuhnya untuk menampung kos pengajian mereka.

“Kita harap para penerima akan memanfaatkan pinjaman untuk tentukan kejayaan mereka di universiti dengan menguruskan perbelanjaan secara berhemah.

“Penerimanya berasal daripada keluarga berpendapatan bawah RM4,000 sebulan,” katanya selepas majlis penyerahan borang PTPTN di Dewan Raya Seri Alam, Pasir Gudang, dekat sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk M. Munusamy; ADUN Johor Jaya, Tan Cher Puk dan Pengurus Bahagian Pinjaman PTPTN, Abd. Ghaffar Yusop.

Menurutnya, hingga kini, sebanyak RM39.87 bilion telah diberikan kepada 1.8 juta penuntut universiti sejak PTPTN diperkenalkan.

Beliau berkata, kerajaan akan meneruskan subsidi yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) antara 85 peratus hingga 90 peratus bagi meringankan beban rakyat.

“PTPTN juga hanya mengenakan caj satu peratus untuk pinjaman yang boleh juga dihapuskan jika pelajar memperoleh keputusan peperiksaan akhir yang cemerlang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, seramai 41,267 orang akan diambil memasuki IPTA bagi sesi 2011/2012 bermula September ini.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 35,479 orang menerima pinjaman PTPTN berjumlah RM53.2 juta dan pendahuluan RM1,500 akan diberi untuk pendaftaran masuk iaitu pada 3 September dan 9 September ini.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

sumber : http://khalednordin.com/?p=1204

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PENANGGUHAN YURAN PENDAFTARAN BAGI PELAJAR BAHARU DI IPTA

KENYATAAN AKHBAR
MENTERI PENGAJIAN TINGGI
YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENGENAI PENANGGUHAN YURAN PENDAFTARAN
BAGI PELAJAR-PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2011/2012
DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)
24 OGOS 2011.




Sebanyak 41,267 tempat telah ditawarkan kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf di 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2011/2012. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan 1.9% berbanding tahun sebelumnya apabila hanya menyaksikan jumlah pengambilan pelajar sebanyak 40,506.

Bagi memudahkan urusan pendaftaran kelak, para pelajar baharu tidak perlu membayar yuran semasa sesi pendaftaran. Yuran pendaftaran itu hanya akan ditolak daripada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dipohon sebaik sahaja pinjaman mereka diluluskan.

Keputusan ini diambil bagi meringankan beban pelajar dan keluarga khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Ini juga bertepatan dengan hasrat kerajaan memperjuangkan pendemokrasian pendidikan yang ingin memastikan akses kepada pengajian tinggi di kalangan rakyat sentiasa dipertingkatkan.

Penangguhan yuran pendaftaran ini pernah diperkenalkan pada tahun lalu dan pada tahun ini ia diteruskan lagi bertujuan membantu dan memudahkan urusan pendaftaran.

Sesi pendaftaran pengajian 2011/2012 akan bermula 3 September 2011

Thursday, August 25, 2011

MERDEKA !!!!!

  


Pameran sempena kemerekaan ke-54

semua warga UKM dijemput hadir !!!!!

Wednesday, August 24, 2011

Salam Aidilfitri....

Assalamu’alaikum dan salam Syawal 1432H.

الله اكبر.....الله اكبر.....الله اكبر
لا اله الا الله والله اكبر 
الله اكبر ولله الحمد   

         Di kesempatan ini, kami, Kamarul Hatem bin Muhammad dan Nurul Akma binti Zulkiefli, wakil Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) Kampus Kuala Lumpur mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba pada 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011 ini kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi universiti, tenaga – tenaga pengajar serta staf – staf universiti. 


           Semoga ALLAH SWT menganjarkan pahala atas segala ibadah dan kebaikan yang telah dilakukan pada bulan Ramadhan yang lalu. Semoga segala ibadah diterima oleh Nya. Moga – moga kita dipanjangkan umur untuk bertemu kembali dengan Ramadhan tahun hadapan. Amin...

          Sepuluh jari disusun bagi pihak kami mahupun editor blog MPM UKM KL ini atas segala silap dan salah tutur bicara, perbuatan yang tidak manis di penglihatan serta cacat cela yang terlihat mahupun yang tersembunyi.
Semoga benar-benarlah Aidilfitri ini disambut sebagai orang yang pulang kepada asalnya yang fitrah (al-’aaideen) dan berjaya (al-faaizeen).
                         

   “Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan                            dirinya dari belenggu nafsu”                                                                                                                       
(Asy-Syams 91: 9)


Saturday, August 20, 2011

The Night of Power

Dari Aisyah radhiAllahu 'anhu berkata:  "Bahawa Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam apabila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, diramaikannya waktu malam, dibangunkannya keluarganya dan diikat eratnya kain sarungnya." (HR Bukhari & Muslim)



Di Malam Mana Berlakunya Lailatul-Qadr?

Ada beberapa pendapat dari para ulama dalam menentukan malam yang mulai ini.

Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh satu, ada pula yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh tiga, ada yang berpendapat malam kedua puluh lima, dan ada yang berkata ia berlaku pada malam kedua puluh sembilan, serta ada yang mengatakan bahawa ia berpindah-pindah pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari yang terakhir.

Tetapi kebanyakan mereka berpendapat bahawa jatuhnya Lailatul-Qadr ialah pada malam kedua puluh tujuh.

Diriwayatkan oleh Ahmad dengan isnad yang sah dari Ibnu Umar radhiAllahu 'anhu katanya telah bersabda Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam:  "Barangsiapa mencarinya, hendaklah dicarinya pada malam kedua puluh tujuh!"

Namun, dinasihatkan kepada semua jangan hanya menumpukan kepada satu-satu malam sahaja beribadah. 

Hendaklah berterusan ibadah kepada Allah setiap hari, dan diberi penumpuan yang lebih kepada 10 hari terakhir Ramadhan.


ذَٰلِكَ مِمَّا أَوْحَىٰ إِلَيْكَ رَبُّكَ مِنَ الْحِكْمَةِ ۗ وَلَا تَجْعَلْ مَعَ اللَّـهِ إِلَـٰهًا آخَرَ فَتُلْقَىٰ فِي جَهَنَّمَ مَلُومًا مَّدْحُورً
Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu. Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah).
(Surah Al-Isra' 17: Ayat ke 39)

PENYELARASAN YURAN KOLEJ: ULASAN DAN SIKAP PMUKM


Beberapa perkara yang berkaitan penyelarasan yuran kolej telah menimbulkan polemik di kalangan warga UKM.

Pada masa ini, penyelarasan tersebut tidak berlaku memandangkan cadangan tersebut tidak diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti. Jadi, harga yuran kolej kediaman akan tetap pada harga sebelum ini, iaitu RM 2.50/hari (bagi asrama, pra siswazah, kecuali KKM dan KPZ)

Kekeliruan tentang pertambahan jumlah yuran kolej dalam akaun pelajar, iaitu RM 650 atau RM 770 boleh dijelaskan seperti di bawah:

1.   i.    Nilai dalam akaun tersebut adalah nilai cadangan sekiranya cadangan penyelarasan harga kolej diluluskan oleh mesyuarat LPU.
2. ii.  Pertambahan nilai dalam akaun tersebut telah berlaku sejak minggu lepas. Keputusan rasmi LPU berkaitan cadangan penyelarasan harga kolej hanya diketahui pada minggu ini. Secara ringkas, seolah-olah berlaku ‘redundancy’ dalam urusan tersebut. Dalam hal ini, ia  berkisar kepada masalah komunikasi dan teknikal.
3.   iii.  Pihak Bendahari memberi jaminan bahawa nilai tersebut akan turun semula seperti nilai asal.

Penyelarasan ini, sekiranya berlaku, akan memberi impak positif dan negatif seperti yang dinyatakan di bawah:

Impak positif

1.  -   Harga yuran kolej pelajar siswazah adalah sama dengan pelajar pra siswazah, iaitu RM 3.50/hari (asrama) dan RM 4.50/hari (pangsarama)
2.  -    Pelajar KKM dan KPZ akan menikmati penurunan harga kolej kepada harga yang sama dengan penghuni kolej lain.


Impak negatif

1.  -    Penghuni kolej lain (pra siswazah) selain akan KKM dan KPZ akan mengalami kenaikan harga kepada RM 3.50/hari (asrama)


Maklumat tentang harga sebenar yuran penginapan kolej (Kampus Bangi) dan bagaimana ia ditolak dari akaun pelajar boleh diketahui berdasarkan jadual dan huraian di bawah:

Kolej
Jenis penginapan
Harga/hari
Tempoh penginapan
Yuran elektrik  (RM)
Bayaran wi-fi (RM)
Jumlah(RM)
Kampus Bangi (Selain KIZ, KKM & KPZ)
Asrama
2.50
18 minggu
25
45
485
Flatlet
3.70
18 minggu
25
45
636
KIZ
2 orang/bilik
3.00
18 minggu
25
45
548
Seorang/bilik
5.00
18 minggu
25
45
800
KKM & KPZ
2 orang/bilik
4.50
18 minggu
25
45
737
seorang/bilik
5.00
18 minggu
25
45
800
(Sumber: Jabatan Bendahari UKM)

Pada waktu ini (selepas dibetulkan semula oleh Bendahari dan PTM), walaupun seseorang pelajar mungkin menginap di bilik yang berbeza, yuran keseluruhan kolej pelajar DALAM AKAUN adalah RM 485 (asrama, selain KPZ dan KKM) manakala yuran keseluruhan kolej pelajar DALAM AKAUN untuk KKM dan KPZ adalah RM 737. Kedua-dua jumlah tersebut akan ditolak secara ‘lump sum’ dari akaun mereka. Dalam erti kata lain, pelajar yang menginap di flatlet atau bilik seorang akan mendapati jumlah yang ditolak dalam akaun mereka hanyalah RM 485 atau RM 737 dan baki tersebut (RM 151 atau RM 63) perlu dibayar secara manual oleh pelajar tersebut.

                Walau bagaimanapun, nilai yuran penginapan kolej di KTSN dan KTDI berbeza berdasarkan jenis bilik yang dihuni. Apa yang pasti, ia mengikut harga asal dan berjumlah RM 485 (KTSN) dan RM 786 (KTDI, jika waktu pengajian adalah 22 minggu).

Berdasarkan fakta di atas, PMUKM berpandangan:

1.                   Dalam hal yang berkaitan pelajar, pentadbiran universiti harus bersikap terbuka dan membuka ruang perbincangan yang bermakna dengan PMUKM. Hal ini selari dengan perakuan Naib Canselor bahawa golongan pelajar adalah aset yang paling berharga bagi universiti. Sejajar dengan amanah dipikul oleh PMUKM sebagai persatuan yang menaungi seluruh mahasiswa UKM, semua pihak harus bersikap terbuka dan matang. Kepimpinan mahasiswa tidak harus ‘dipukul ratakan’ seperti kepimpinan sekolah. Bahkan golongan ini perlu diraikan peranan dan kehadiran mereka dalam perbincangan-perbincangan universiti berkaitan polisi, perlaksanaan visi dan misi UKM serta kebajikan mahasiswa. Adalah malang sekiranya kepimpinan mahasiswa dianggap oleh sesetengah pihak sekadar pelaksana program (AJK teknikal? Hihi) saja, tanpa menyedari potensi besar yang ada.

2.                   PMUKM menerima dengan baik keputusan LPU. Hal ini tidak bermaksud PMUKM tidak memperjuangkan penurunan harga kolej untuk penghuni siswazah, KKM dan KPZ. Secara ideal, harga penginapan kolej selain KKM & KPZ yang sedia ada  dan penurunan harga yuran penginapan di KKM dan KPZ beserta pelajar siswazah tempatan adalah yang terbaik.

3.                   PMUKM komited untuk memperjuangkan penurunan harga kolej untuk pelajar siswazah tempatan dan penghuni KKM dan KPZ. KKM sekarang telah dihakmiliki oleh UKM. Seharusnya, secara kasar, yuran kolej KKM boleh diturunkan. Pada masa yang sama, PMUKM menyatakan kerbersamaan dengan pentadbiran universiti untuk mengambil alih KPZ demi kebaikan mahasiswa UKM

4.          Sesetengah kolej (sila baca: KKM dan KPZ) mengalami kadar yuran penginapan kolej yang lebih tinggi.Perkara ini bukanlah diminta sendiri oleh mereka, tetapi atas beberapa faktor yang lebih diketahui pada peringkat pentadbiran univerisiti, menyebabkan ada sebahagian mahasiswa terpaksa menanggung beban yang lebih berbanding mahasiswa lain. Adalah sesuatu yang terpuji sekiranya semua mahasiswa berkongsi kesenangan dan kesusahan, jika ada, secara kolektif.

5.                   Perjuangan PMUKM untuk menurunkan harga penginapan kolej KKM dan KPZ perlu disokong secara kolektif oleh JAKSA, PMF dan persatuan-persatuan lain. Ura-ura ini telah bertahun-tahun tersebar, sedangkan PMUKM baru 6 bulan memegang tampuk kepimpinan. Sudah tentu ada beberapa perkara yang berkaitan telah berlaku sebelum kepimpinan PMUKM diangkat pada Mac lepas. Dalam sela tersebut, PMUKM melalui pelbagai cabaran dan ujian. Kita harus mengelakkan budaya menyalahkan secara semberono. Jika ia dilakukan oleh pihak yang hasad untuk mengambil kesempatan, maka sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi balasan. 

PMUKM merancang untuk menghantar kertas kerja cadangan  yuran kolej untuk dibincangkan secara kolektif oleh pentadbiran universiti. PMUKM berpendapat adalah baik sekiranya pimpinan PMUKM turut diberi ruang untuk memberikan pandangan dalam mesyuarat Senat dan LPU. Kertas kerja tersebut mengandungi justifikasi dan cadangan PMUKM tentang penyelesaian terbaik berkaitan yuran kolej kediaman.


Saudara Izuudin Pisol berkata, “Kita sedang melakukan penyelidikan supaya cadangan yang bakal kita (PMUKM) bawakan dapat memberi penyelesaian terbaik kepada semua pihak. Kami sentiasa membuka pintu perbincangan dengan semua. Kami harap mahasiswa UKM dapat merujuk terus kepada PMUKM dan dalam blog, facebook dan youtube PMUKM”.

“Bersama Mahasiswa Realisasi Varsiti”

Salam Nuzul Quran

Assalamu’alaikum, salam keamanan dan salam Ramadhan 1432H.
Bersempena jatuhnya tarikh 17 Ramadhan 1432H pada hari ini, kami mengucapkan Salam Nuzul (Penurunan) Al – Quran kepada semua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang beragama Islam. Sambutan hari peringatan Nuzul Al – Quran ini juga lazimnya digabungkan dengan Peristiwa Perang Badar yang telah terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah.


 
Oleh itu, mari kita sama – sama menjadikan Ramadhan dan Nuzul Quran ini sebagai momentum untuk kembali kepada fahaman yang benar terhadap Al-Quran. Mari kita jadikan Ramadhan ini sebagai momentum untuk meneguhkan tekad kita untuk sentiasa memuhasabahkan diri kita dengan Al-Qur’an; membaca, memahami dan menghayati maknanya; mengamalkan isi kandungannya; serta menjadikannya sebagai sumber hukum untuk mengatur segala urusan kehidupan kita dan sumber penyelesaian atas seluruh masalah kita; seterusnya menerapkan segala isi kandungannya di dalam bentuk setiap individu, masyarakat dan negara.
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang batil)”  [al-Baqarah(2):185].


Tuesday, August 16, 2011

Tarikh Sesi Akademik 2011/2012

PRASISWAZAH- KAMPUS INDUK BANGI, FFAR, FSKB, FPer & FGG Tahun 1

FakultiKegiatanSemester I
TarikhTempoh
FEPPendaftaran Diri Pelajar Baru  & Minggu Mesra Pelajar (MMP) 7 Sept - 11 Sept. 2011 1 minggu
FKAB
FPEND
FPer (Tahun 1)Sesi Pembelajaran12 Sept - 4 Nov 2011 8 minggu
FGG  (Tahun 1) Cuti Pertengahan Semester/Cuti Perayaan5 Nov - 13 Nov 2011 1 minggu
FPISesi Pembelajaran14 Nov - 23 Dis 2011 6 minggu
FSTCuti Ulangkaji/Cuti Perayaan 24 Dis 2011 - 2 Jan 20121 minggu
FSKBPeperiksaan03 Jan - 20 Jan 2012 3 minggu
FSSKCuti Semester21 Jan - 19 Feb 20124 minggu
FTSM
FUU
FFARM
FakultiKegiatanSemester 2
TarikhTempoh
FEPSesi Pembelajaran 20 Feb - 6 April 2012 7 minggu
FKAB
FPEND
FPer (Tahun 1)
FGG  (Tahun 1) Cuti Pertengahan Semester/Cuti Perayaan7 April - 15 April 2012 1 minggu
FPISesi Pembelajaran16 April - 1 Jun 2012 7 minggu
FSTCuti Ulangkaji/Cuti Perayaan 2 Jun - 10 Jun 2012 1 minggu
FSKBPeperiksaan11 - 30 Jun 2012 3 minggu
FSSKCuti Semester1 Julai - 9 Sept 2012 10 minggu
FTSM
FUU
FFARM
FakultiKegiatanSemester III
TarikhTempoh
FEPSesi Pembelajaran2 Julai - 17 Ogos 2012 7 minggu
FKAB
FPEND
FPer (Tahun 1)
FGG  (Tahun 1)
FPI
FSTCuti Ulangkaji/Cuti Perayaan18 Ogos - 26 Ogos 2012 1 minggu
FSKBPeperiksaan27 - 30 Ogos 2012 1 minggu
FSSK
FTSM
FUU
FFARM

[Nota]
Semester 1
  • Cuti Hari Raya Aidil Fitri - 30 dan 31 Ogos 2011 (Selasa dan Rabu)
  • Cuti Hari Kemerdekaan - 31 Ogos 2011 (Rabu)
  • Cuti Hari Malaysia - 16 September 2011 (Jumaat)
  • Cuti Hari Deepavali 26 Oktober 2011 (Rabu)
  • Cuti Hari Raya Aidil Adha - 6 - 7 November 2011 (Ahad dan Isnin)
  • Cuti Awal Muharam(Maal Hijrah) - 27 November 2011 (Ahad)
  • Cuti Hari Krismas - 25 Disember 2011 (Ahad)
  • Cuti Tahun Baru - 1 Januari 2012 (Ahad)
  • Cuti Tahun Baru Cina - 23 dan 24 Januari 2012 (Isnin dan Selasa)
  • Cuti Maulidur Rasul - 5 Februari 2012 (Ahad)
Semester 2
  • Cuti Awal Hari Pekerja - 1 Mei 2012 (Selasa)
  • Cuti Hari Wesak -
Semester 3
  • Cuti Hari Raya Aidil Fitri - 19 - 20 Ogos 2012 (Ahad dan Isnin)

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY EXAMINATION

HAPPY EXAMINATION