Friday, April 22, 2011

PENGUMUMAN !!!!

Daripada Pejabat KTSN :

      Sukacita dimaklumkan kepada semua penghuni KTSN 1, kerja - kerja penukaran perabot dan kemudahan asas bilik pelajar di Blok A, B, C, E, Blok  6 & 7 dan kerja baikpulih Blok F bermula pada minggu kedua Mei dan berakhir pada pertengahan Bulan Ogos 2011.
  
   Sehubungan dengan itu, bilik - bilik penginapan di Blok yang berkenaan perlu dikosongkan untuk memastikan urusan penukaran perabot dan kemudahan asas bilik dapat dilaksanakan dengan lancar.

   Pihak pentadbiran kolej akan membuka penempatan di Blok D, G, H, dan J untuk pelajar yang menginap pada cuti semester 2 untuk tujuan latihan industri/ klinikal/ mengulang dengan surat pengesahan daripada fakulti masing-masing. Selain daripada itu, ianya juga dijadikan penempatan sementara kepada pelajar-pelajar  yang mana bilik mereka terlibat dengan kerja penukaran perabot dan kemudahan asas bilik terutama pelajar Fakulti Perubatan yang mendaftar lebih awal. Pelajar yang terlibat akan dipindahkan ke bilik tetap mereka sebaik sahaja kerja-kerja tersebut selesai.



السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY EXAMINATION

HAPPY EXAMINATION