Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Belia Negara 2011

 
'Belia Transformasi Negara'

Apakah belia? Siapakah golongan insan yang dinamakan belia yang disambut dengan meriahnya oleh kerajaan Malaysia pada hari ini?

          Menurut Kamus Dewan (1994), belia bermaksud muda belia, sangat muda, golongan muda secara keseluruhannya yang terdiri daripada pemuda dan pemudi. Manakala takrif belia dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pula ialah Malaysia dalam kertas kerja “Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara” (1995), belia ialah orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun dengan alasan-alasan berikut:
1. Ia adalah takrif Majlis Belia Malaysia 1985.
2. Ia dianggap golongan yang sudah mencapai taraf matang yang memuaskan dan dapat menerima manfaat maksimum daripada rancangan-rancangan yang disusun.
3. Ia adalah sebahagian besar daripada jumlah rakyat negara ini. Apa-apa usaha bagi membina masyarakat, meninggal- kan kesan secara menyeluruh


          Menurut MPP Farmasi, Nurul Akma binti Zulkiefli, "Walaupun takrif umur belia adalah berbeza dari negara dan tiada umur yang tetap dan spesifik membezakan golongan belia. Namun begitu, ini bukanlah suatu perkara besar yang harus dipertikaikan. Apa yang penting adalah dari segi fungsi belia dalam memajukan negara."

         Menurutnya lagi, "belia atau lebih spesifik menjurus kepada golongan siswa/i merupakan golongan yang sering dikaitkan dengan pencetus perubahan, penggerak kemajuan negara dan sebagainya. Merekalah tonggak kejayaan sebuah negara dan juga pemimpin masa hadapan. Merekah golongan intelektual yang menentukan halatuju masa hadapan negara. Rosaknya mereka, maka bakal rosaklah negara tersebut.

         Inilah ungkapan-ungkapan yang sering dikaitkan dengan golongan mahasiswa/i. Namun begitu, sekadar ungkapan hanyalah sia-sia. Umpama angin lalu tanpa membawa makna andai ia tidak dimaknakan melalui perbuatan dan sikap. Actions speak louder than words."





       MPP Perubatan Tahun 1/2, Mohd Kamarul Hatem turut beretuju. Beliau menyatakan mahasiswa/i sekarang harus bangkit dan sedar. Hiburan semata-mata tidak akan membawa mereka ke mana-mana. Glamour, kecantikan, populariti hanyalah sementara. Ia tidak akan kekal. Hiburan yang kosong dan semua keindahan dunia akan hanya membawa kemusnahan kepada semangat pemuda yang sememangnya terkenal dengan darah yang panas. Malah hiburan tersebut juga akan mendangkalkan akal, mengosongkan jiwa, membutakan mata hati.

"Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir dari kehidupan dunia sahaja, mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat."
                                                                                                            Surah ar-Rum: 7


            Beliau juga truut menyeru mahasiswa/i, untuk celikkan mata. Industri hiburan zaman ini terlalu banyak sehingga sukar untuk kita keluar dari arus dunia yang menyesatkan ini. TERLALU BANYAK media-media yang seolah-olah memperbodohkan intelektual mahasiswa/i. Mata kita telah dikelabui dengan indahnya hidup dikenali ramai, mendapat perhatian masyarakat dan kemewahan yang mengalir masuk dengan mudah melalui industri-industri ini." 
 
           Akhir kalam, sempena Hari Belia 2011, kedua-dua MPP UKM KL ingin menyeru siswa/i sekalian, jadilah Mahasiswa/i yang padanya rakyat sedang menanti untuk dipimpin ke arah jalan yang meniti RedhaNya dalam setiap langkah. InsyaAllah


"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"           




السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY EXAMINATION

HAPPY EXAMINATION