Monday, May 30, 2011

Selamat Berjuang


SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA PELAJAR PERUBATAN TAHUN 1 YANG MENGAMBIL PEPERIKSAAN


Ujian ini hanyalah secebis cuma dari lautan ujian yang diturunkan olehNya untuk menguji hamba-hamba yang dikasihiNya.
InsyaAllah 

-Ikhlas dari MPP Fakulti Perubatan Tahun 1/2-
-MPP Kamarul Hatem bin Muhammad-
-Exco Informasi dan Penerangan PMUKM-


Monday, May 23, 2011

Ucapan Takziah Buat Keluarga Mangsa Tragedi Tanah Runtuh di Hulu Langat

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

      Kalaulah pada hari ini kita bergelak ketawa, berjalan dan melakukan aktiviti seperti biasa, bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi kesempatan oleh-Nya untuk meneruskan kehidupan. Namun begitu, hari ini bukanlah hari yang berbahagia dan sesuai untuk bergelak ketawa bagi keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor. Tragedi tanah runtuh ini berlaku ekoran hujan lebat pada hari sabtu, 21 Mei 2011.

      Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 23 Mei 2011, seramai tujuh orang daripada 16 orang mangsa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Nanding, semalam. Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad lebih kurang pukul 2.30 petang. Mangsa yang terlibat dalam kejadian ini dipercayai seramai 24 orang yang terdiri daripada 20 orang pelajar dan 4 orang kakitangan Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat.


      Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-fatihah kepada semua mangsa-mangsa yang terlibat. Semoga roh-roh mereka ditempatkan di dalam roh golongan solihin dan mendapt rahmat serta keampunan daripada Allah S.W.T. Sekali lagi, kami, Kamarul hatem bin Mohamad dan Nurul Akma binti Zulkiefli mengucapkan salam takziah buat semua ahli keluarga mangsa Tragedi tanah runtuh.


Berikut adalah sebahagian gambar yang diperoleh daripada tragedi ini :




Gambar di atas merujuk kepada sebahagian daripada Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa Hulu Langat yang rosak ditimbus Tanah.




Gambar ini juga menunjukkan sebuah mesin jentolak digunakan untuk mencari mangsa-mangsa yang dipercayai tertimbus tanah dalam tragedi ini. 


Gambar pasukan penyelamat yang terdiridaripada bomba dan sukarelawan yang membantu dalam misi pencarian mangsa.

Sunday, May 22, 2011

Ucapan Takziah buat Saudari Nabila Nadia Binti Mohd Dohan di atas pemergian bapanya

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada semua mahasiswa/i,


Saya, Kamarul Hatem bin Mohamad, selaku biro penerangan MPM UKM telah dimaklumkan mengenai berita ini. untuk pengetahuan semua, ayah saudari, Nabila Nadia  binti Mohd Dohan (Dietetik/3) telah kembali  ke rahmatullah pada sabtu, 21 Mei 2011.


Di kesempatan ini, saya dan rakan sejawatan saya, Nurul Akma binti Zulkiefli, biro kebajikan MPM UKM mengucapkan salam takziah kepada saudari Nabila Nadia binti Mohd Dohan dan keluarganya di atas pemergian insan tercinta. Diharapkan saudari dan keluarga dapat bersabar dan tabah dalam dugaan Allah S.W.T. semoga roh beliau ditempatkan oleh Allah S.W.T dalam kalangan roh solihin dan dilimpahi rahmat dengan izin-Nya.

Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Ulang Tahun Ke-41 UKM

Lakaran Sejarah Penubuhan UKM

Peta perjalanan sejarah untuk membina sebuah universiti yang berteraskan kaum Melayu cukup lama, bersimpang siur, bermasalah dan penuh kesulitan. Ia telah melalui pelbagai tahap perkembangannya serta melibatkan ramai cendikiawan dan pemikir. Oleh itu, apabila Universiti Kebangsaan Malaysia secara rasmi pada 18 Mei 1970 ditubuhkan, ia mengungkapkan bukan sedikit bingkisan sejarah dan impian bangsa Malaysia sendiri.


Dengan pembinaan tapak sementara Universiti di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, kemudian di kampus tetapnya di Bandar Baru Bangi sangat dinanti-nantikan oleh pejuang jati negara ketika itu. Hasil cetusan idea pada dekad kedua abad ke-20 oleh Encik Zainal Abidin bin Ahmad (atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba) dan Abdul Kadir Adabi juga hasil kesedaran terhadap kedhaifan pendidikan rakyat terbanyak (Mohd Zahari Daud).

Pendeta Za’ba (1895-1973) yang merupakan seorang ahli bahasa yang banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu ketika itu telah menyarankan penubuhan sebuah pusat pengajian bertaraf universiti ditubuhkan untuk menampung ribuan lulusan sistem persekolahan melayu yang ketika itu tidak dapat meneruskan pengajian. Beliau sangat yakin dengan keupayaan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu tinggi telah menyarankan penggunaan Bahasa Melayu secara menyeluruh sepanjang pengajian.

Kenyataan beliau ini telah disokong Encik Abdul Kadir Adabi (1901-1944) yang mencadangkan supaya sebuah universiti ditubuhkan khusus untuk orang Melayu. Walaupun Encik Abdul Kadir tidak menyebut secara jelas berkenaan bahasa pengantar bagi universiti ini, tetapi para pengkaji sejarah menyimpulkan Encik Abdul Kadir secara bijaksana telah mengaitkan idea penubuhan universiti ini dengan keperluan pendidikan orang Melayu dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Cetusan idea bersejarah ini tidak menarik perhatian penjajah British dan pembesar Melayu yang rapat dengan British. Mereka memberi alasan rakyat kebanyakan tidak akan yakin dengan idea ini, walhal dasar penjajah itu sendiri tidak memberi ruang pelajaran tinggi kepada rakyat di Tanah Melayu ketika itu. (Mohd Zahari Daud)

Idea ini bagaimanapun disambut baik oleh Persekutuan Guru-Guru Melayu Semenanjung yang mahukan pendaulatan Bahasa Melayu di segenap peringkat universiti biarpun idea ini tidak mendapat restu pemerintah ketika itu. Idea gagasan ini terus dihangatkan sepanjang sekitar dekad empat puluhan dan lima puluhan oleh pihak Persekutuan yang berusaha untuk mengangkat bahasa Melayu di pentas pendidikan kebangsaan negara sendiri. Pihak Persekutuan Guru-Guru Semenanjung gigih meningkatkan darjat persekolahan aliran Melayu sehingga ramai di kalangan para pelajar Melayu berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat universiti khususnya ke luar negara.

Ia membuahkan hasil apabila ramai anak bangsa yang telah melanjutkan pelajaran ke luar negara dahulu kembali berkhidmat di dalam negara selepas era kemerdekaan dan melontarkan idea-idea yang bernas. Pada tahun 1963, Seminar Bahasa dan Sastera telah diadakan . Resolusi di akhir seminar ini adalah menuntut penubuhan sebuah universiti ‘benar-benar bercorak kebangsaan’ dengan dikemukakan hujah-hujah jelas yang dipetik daripada fakta dan kenyataan sejarah negara. Juga tuntutan kepada penubuhan sebuah ‘Universiti Islam’ juga turut dibahaskan. Tuntutan-tuntutan ini diulang-ulang dan perbincangan mengenai penubuhannya dibentang kembali secara terperinci sehingga ia dimuktamadkan pada tahun 1968.

Jawatankuasa Penubuhan UKM ditubuh



Pada Jun 1968, beberapa orang cendekiawan Melayu telah bertemu, bersumbang-saran lalu menggabungkan pemikiran dan pendapat masing-masing di samping membawa isihati rakyat negara ketika itu. Zainal Abidin Wahid. A. Bakar Hamid, Tunku Shamsul Bahrin, Zain A. Majid, Mohd. Ghazali A. Rahman, S. Husin Ali dan sekadar menyebut beberapa nama kemudiannya menukilkan konsep Universiti yang dituntut oleh mereka dalam konteks realiti negara yang baru berusia sepuluh tahun ketika itu. Tidak ketinggalan golongan yang menuntut penubuhan sebuah universiti Islam yang dipimpin oleh Allahyarham Dr. Ungku Omar turut berganding bahu dengan kumpulan penaja penubuhan universiti beraliran kebangsaan ini. Kata sepakat dicapai. Tuntutan penubuhan sebuah universiti aliran Melayu dan "universiti yang benar-benar bercorak kebangsaan" dan sebuah "Universiti Islam" telah berpadu yang kemudian melahirkan penubuhan bermakna selang tiga tahun kemudian.

Dalam pada itu, idea gagasan bersejarah ini telah disambut dengan baik oleh persatuan-persatuan penulis, budaya, belia, pelajar, mahasiswa dan pendidik, lalu dikembangkan dalam kesedaran dan pandangan sejarah bangsa Melayu. Dikisahkan pada detik tersebut kemaraan kehendak dan gelojak hati rakyat tidak lagi dapat ditahan. Di mana-mana rakyat sibuk berbicara akan penubuhan sebuah universiti bercorak kebangsaan, di mana pensyarahnya sendiri bakal mengajar anak bangsa mereka sendiri. Rakyat ketika itu juga menginsafi akan hak mereka untuk menubuhkan sebuah universiti ‘rakyat’ mereka sendiri.

Pada 25 Ogos 1968, sebuah Jawatankuasa Penganjur Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia secara rasmi telah ditubuhkan. Tokoh yang terlibat ialah Zainal Abidin Wahid, Abu Bakar Hamid, Tunku Shamsul Bahrin, Syed Husin Ali dan lain-lain. Hasil usaha yang komited daripada jawatankuasa penaja ini telah melakarkan sebuah sejarah yang sangat bermakna buat semua.

18 Mei - Tarikh Keramat

Tarikh keramat 18 Mei 1970, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah ditubuhkan secara rasmi. Kampus sementaranya terletak di Lembah Pantai, Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Bandar Baru Bangi setelah bangunan siap. Universiti ini hasil gabungan citarasa ‘kebangsaan’ dan ’Islam’. Pelajar sulungnya seramai 192 orang. Terdapat tiga buah fakulti perintis iaitu Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan Fakulti Islam.

Penubuhan UKM ini telah disulami dengan pasak yang jelas iaitu Falsafah UKM yang menjadi kebanggaan warga Universiti. ‘Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan’ Universiti’ adalah jelas implementasi visi yang jelas yang mudah dihadami setiap warganya agar bergerak seiring dengan aspirasi hasrat mulia pelopor penubuhan UKM suatu ketika dahulu yang menginginkan sebuah ‘Universiti Islam bercorak Kebangsaan’.

Juga asas penubuhan Universiti yang disebut di semasa perasmian Universiti pada 18 Mei 1970 lalu, yang terang-terang menyebut, ‘penubuhan UKM adalah demi mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu.’ UKM juga diletakkan sebagai kemuncak dalam mengukuhkan sistem pelajaran kebangsaan di samping meletakkan sasaran melahirkan warganegara yang setianya kepada negara ini. Di samping UKM berperanan menampung lulusan sekolah menengah aliran Melayu ,ia juga memainkan peranan mengeluarkan siswazah yang sihat, berpandangan serta berfikiran luas.

Bak kata Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM yang juga merupakan Profesor Ulung Negara, Prof. Dato' Dr. Shamsul Amri Baharuddin, “Universiti ini merupakan tapak semaian ahli akademik universiti baru di Malaysia.”

Sungguhpun asas sejarah penubuhan universiti ini bertitik-tolak daripada tuntutan rakyat Bumiputera di Semenanjung Malaysia dan berakarkan konsep nasionalisme, namun hasil yang timbul dari pemikiran ini adalah sebuah ‘Universiti Kebangsaan’ untuk seluruh rakyat Malaysia. Idea ini ialah tunas pertama yang amat penting yang tumbuh dari semaian benih gagasan pejuang terdahulu.

Selamat Hari Ulang Tahun Ke-41 , UKM.


Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti.


Mohamad Ezuan Mohd Saad,
Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa UKM
Sesi 2010-2011

Monday, May 16, 2011

Terima Kasih Cikgu

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Assalamualaikum w.b.t buat semua. Tanggal 16 mei merupakan tarikh yang dipilih khusus bagi memperingati guru-guru yang telah berkorban demi mendidik kita menjadi seorang yang berguna. Tanpa guru siapalah kita. Oleh itu, kenangilah mereka walau dimana kalian berada.  
Sekadar berkongsi dengan rakan-rakan,  jika tidak mampu gapai apa yang dicita janganlah kecewa kerana itu kehendakNya, redhalah sentiasa dan jadilah apa sahaja walaupun pendapatan tidak seberapa, meski hina pada pandangan manusia, asalkan mulia disisi Nya. Namun teruskanlah usaha kerana tiada hadiah lebih bermakna buat seorang guru melainkan melihat kecemerlangan anak didiknya.

SELAMAT HARI GURU IKHLAS DARI KAMI KAMARUL HATEM BIN MOHAMED DAN NURUL AKMA BINTI ZULKIEFLI

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Belia Negara 2011

 
'Belia Transformasi Negara'

Apakah belia? Siapakah golongan insan yang dinamakan belia yang disambut dengan meriahnya oleh kerajaan Malaysia pada hari ini?

          Menurut Kamus Dewan (1994), belia bermaksud muda belia, sangat muda, golongan muda secara keseluruhannya yang terdiri daripada pemuda dan pemudi. Manakala takrif belia dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pula ialah Malaysia dalam kertas kerja “Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara” (1995), belia ialah orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun dengan alasan-alasan berikut:
1. Ia adalah takrif Majlis Belia Malaysia 1985.
2. Ia dianggap golongan yang sudah mencapai taraf matang yang memuaskan dan dapat menerima manfaat maksimum daripada rancangan-rancangan yang disusun.
3. Ia adalah sebahagian besar daripada jumlah rakyat negara ini. Apa-apa usaha bagi membina masyarakat, meninggal- kan kesan secara menyeluruh


          Menurut MPP Farmasi, Nurul Akma binti Zulkiefli, "Walaupun takrif umur belia adalah berbeza dari negara dan tiada umur yang tetap dan spesifik membezakan golongan belia. Namun begitu, ini bukanlah suatu perkara besar yang harus dipertikaikan. Apa yang penting adalah dari segi fungsi belia dalam memajukan negara."

         Menurutnya lagi, "belia atau lebih spesifik menjurus kepada golongan siswa/i merupakan golongan yang sering dikaitkan dengan pencetus perubahan, penggerak kemajuan negara dan sebagainya. Merekalah tonggak kejayaan sebuah negara dan juga pemimpin masa hadapan. Merekah golongan intelektual yang menentukan halatuju masa hadapan negara. Rosaknya mereka, maka bakal rosaklah negara tersebut.

         Inilah ungkapan-ungkapan yang sering dikaitkan dengan golongan mahasiswa/i. Namun begitu, sekadar ungkapan hanyalah sia-sia. Umpama angin lalu tanpa membawa makna andai ia tidak dimaknakan melalui perbuatan dan sikap. Actions speak louder than words."





       MPP Perubatan Tahun 1/2, Mohd Kamarul Hatem turut beretuju. Beliau menyatakan mahasiswa/i sekarang harus bangkit dan sedar. Hiburan semata-mata tidak akan membawa mereka ke mana-mana. Glamour, kecantikan, populariti hanyalah sementara. Ia tidak akan kekal. Hiburan yang kosong dan semua keindahan dunia akan hanya membawa kemusnahan kepada semangat pemuda yang sememangnya terkenal dengan darah yang panas. Malah hiburan tersebut juga akan mendangkalkan akal, mengosongkan jiwa, membutakan mata hati.

"Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir dari kehidupan dunia sahaja, mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat."
                                                                                                            Surah ar-Rum: 7


            Beliau juga truut menyeru mahasiswa/i, untuk celikkan mata. Industri hiburan zaman ini terlalu banyak sehingga sukar untuk kita keluar dari arus dunia yang menyesatkan ini. TERLALU BANYAK media-media yang seolah-olah memperbodohkan intelektual mahasiswa/i. Mata kita telah dikelabui dengan indahnya hidup dikenali ramai, mendapat perhatian masyarakat dan kemewahan yang mengalir masuk dengan mudah melalui industri-industri ini." 
 
           Akhir kalam, sempena Hari Belia 2011, kedua-dua MPP UKM KL ingin menyeru siswa/i sekalian, jadilah Mahasiswa/i yang padanya rakyat sedang menanti untuk dipimpin ke arah jalan yang meniti RedhaNya dalam setiap langkah. InsyaAllah


"Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti"           




السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY EXAMINATION

HAPPY EXAMINATION