Saturday, August 27, 2011

Salam Merdeka

Assalamu’alaikum wbt dan selamat sejahtera.
Kami,  wakil Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) Kampus Kuala Lumpur mengucapkan selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 54 yang jatuh pada tanggal 31 Ogos 2011 ini kepada semua rakyat Malaysia khususnya sahabat – sahabat mahasiswa dan mahasiswi UKM dan seluruh warga UKM. Alhamdulillah, hari ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini juga jatuh pada 2 Syawal 1432H yang bersamaan juga Hari Raya Aidilfitri yang kedua buat umat Islam.
Menyahut tema sambutan kemerdekaan kebangsaan pada tahun ini iaitu “1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”, marilah kita sama – sama mentransformasikan diri daripada diri yang dulu kepada yang lebih baik dengan impak ibadah dalam bulan Ramadhan yang telah kita jalani sebelum ini. Signifikan hari kemerdekaan yang jatuh pada bulan Syawal ini bukan hanya semata – mata perlu dirasai dengan merdekanya negara kita daripada kawalan kuasa asing. Merdeka daripada penindasan dan penjajahan. Merdeka daripada mengikut telunjuk orang lain.
Namun begitu, ayuh kita raikan juga sambutan hari kemerdekaan dalam bulan Syawal pada tahun ini dengan memerdekakan diri kita daripada hawa nafsu yang membelenggu selama ini. Moga kita mampu lepas dan bebas daripada telunjuk dan perhambaan kepada syaitan pasca Ramadhan kali ini. Semoga dengan itu, kita mampu hidup dalam Redha Ilahi dan sejahtera bersama Rahmat – Nya sentiasa.
Merdeka daripada menjadi hamba syaitan dan hamba nafsu, kemerdekaan hakiki yang diraikan pada sebuah Aidilfitri. Iaitulah kembalinya manusia kepada asal. Kepada Fitrah. Moga kita mampu memaknakan sambutan Hari Kemerdekaan dalam sebuah Aidilfitri dengan sebenar – benar makna bebas dan merdeka!



RM4 bilion pinjaman PTPTN tahun ini

JOHOR BAHRU 20 Ogos – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan pinjaman RM4 bilion untuk 206,938 penuntut yang layak pada tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pinjaman itu diharap tidak disalahgunakan penerima dan dibelanja sepenuhnya untuk menampung kos pengajian mereka.

“Kita harap para penerima akan memanfaatkan pinjaman untuk tentukan kejayaan mereka di universiti dengan menguruskan perbelanjaan secara berhemah.

“Penerimanya berasal daripada keluarga berpendapatan bawah RM4,000 sebulan,” katanya selepas majlis penyerahan borang PTPTN di Dewan Raya Seri Alam, Pasir Gudang, dekat sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk M. Munusamy; ADUN Johor Jaya, Tan Cher Puk dan Pengurus Bahagian Pinjaman PTPTN, Abd. Ghaffar Yusop.

Menurutnya, hingga kini, sebanyak RM39.87 bilion telah diberikan kepada 1.8 juta penuntut universiti sejak PTPTN diperkenalkan.

Beliau berkata, kerajaan akan meneruskan subsidi yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) antara 85 peratus hingga 90 peratus bagi meringankan beban rakyat.

“PTPTN juga hanya mengenakan caj satu peratus untuk pinjaman yang boleh juga dihapuskan jika pelajar memperoleh keputusan peperiksaan akhir yang cemerlang,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, seramai 41,267 orang akan diambil memasuki IPTA bagi sesi 2011/2012 bermula September ini.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 35,479 orang menerima pinjaman PTPTN berjumlah RM53.2 juta dan pendahuluan RM1,500 akan diberi untuk pendaftaran masuk iaitu pada 3 September dan 9 September ini.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

sumber : http://khalednordin.com/?p=1204

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PENANGGUHAN YURAN PENDAFTARAN BAGI PELAJAR BAHARU DI IPTA

KENYATAAN AKHBAR
MENTERI PENGAJIAN TINGGI
YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENGENAI PENANGGUHAN YURAN PENDAFTARAN
BAGI PELAJAR-PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2011/2012
DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)
24 OGOS 2011.




Sebanyak 41,267 tempat telah ditawarkan kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf di 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Sesi Akademik 2011/2012. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan 1.9% berbanding tahun sebelumnya apabila hanya menyaksikan jumlah pengambilan pelajar sebanyak 40,506.

Bagi memudahkan urusan pendaftaran kelak, para pelajar baharu tidak perlu membayar yuran semasa sesi pendaftaran. Yuran pendaftaran itu hanya akan ditolak daripada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dipohon sebaik sahaja pinjaman mereka diluluskan.

Keputusan ini diambil bagi meringankan beban pelajar dan keluarga khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Ini juga bertepatan dengan hasrat kerajaan memperjuangkan pendemokrasian pendidikan yang ingin memastikan akses kepada pengajian tinggi di kalangan rakyat sentiasa dipertingkatkan.

Penangguhan yuran pendaftaran ini pernah diperkenalkan pada tahun lalu dan pada tahun ini ia diteruskan lagi bertujuan membantu dan memudahkan urusan pendaftaran.

Sesi pendaftaran pengajian 2011/2012 akan bermula 3 September 2011

Thursday, August 25, 2011

MERDEKA !!!!!

  


Pameran sempena kemerekaan ke-54

semua warga UKM dijemput hadir !!!!!

Wednesday, August 24, 2011

Salam Aidilfitri....

Assalamu’alaikum dan salam Syawal 1432H.

الله اكبر.....الله اكبر.....الله اكبر
لا اله الا الله والله اكبر 
الله اكبر ولله الحمد   

         Di kesempatan ini, kami, Kamarul Hatem bin Muhammad dan Nurul Akma binti Zulkiefli, wakil Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) Kampus Kuala Lumpur mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba pada 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011 ini kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi universiti, tenaga – tenaga pengajar serta staf – staf universiti. 


           Semoga ALLAH SWT menganjarkan pahala atas segala ibadah dan kebaikan yang telah dilakukan pada bulan Ramadhan yang lalu. Semoga segala ibadah diterima oleh Nya. Moga – moga kita dipanjangkan umur untuk bertemu kembali dengan Ramadhan tahun hadapan. Amin...

          Sepuluh jari disusun bagi pihak kami mahupun editor blog MPM UKM KL ini atas segala silap dan salah tutur bicara, perbuatan yang tidak manis di penglihatan serta cacat cela yang terlihat mahupun yang tersembunyi.
Semoga benar-benarlah Aidilfitri ini disambut sebagai orang yang pulang kepada asalnya yang fitrah (al-’aaideen) dan berjaya (al-faaizeen).
                         

   “Sesungguhnya berjayalah orang yang membersihkan                            dirinya dari belenggu nafsu”                                                                                                                       
(Asy-Syams 91: 9)


Saturday, August 20, 2011

The Night of Power

Dari Aisyah radhiAllahu 'anhu berkata:  "Bahawa Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam apabila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, diramaikannya waktu malam, dibangunkannya keluarganya dan diikat eratnya kain sarungnya." (HR Bukhari & Muslim)



Di Malam Mana Berlakunya Lailatul-Qadr?

Ada beberapa pendapat dari para ulama dalam menentukan malam yang mulai ini.

Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh satu, ada pula yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh tiga, ada yang berpendapat malam kedua puluh lima, dan ada yang berkata ia berlaku pada malam kedua puluh sembilan, serta ada yang mengatakan bahawa ia berpindah-pindah pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari yang terakhir.

Tetapi kebanyakan mereka berpendapat bahawa jatuhnya Lailatul-Qadr ialah pada malam kedua puluh tujuh.

Diriwayatkan oleh Ahmad dengan isnad yang sah dari Ibnu Umar radhiAllahu 'anhu katanya telah bersabda Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam:  "Barangsiapa mencarinya, hendaklah dicarinya pada malam kedua puluh tujuh!"

Namun, dinasihatkan kepada semua jangan hanya menumpukan kepada satu-satu malam sahaja beribadah. 

Hendaklah berterusan ibadah kepada Allah setiap hari, dan diberi penumpuan yang lebih kepada 10 hari terakhir Ramadhan.


ذَٰلِكَ مِمَّا أَوْحَىٰ إِلَيْكَ رَبُّكَ مِنَ الْحِكْمَةِ ۗ وَلَا تَجْعَلْ مَعَ اللَّـهِ إِلَـٰهًا آخَرَ فَتُلْقَىٰ فِي جَهَنَّمَ مَلُومًا مَّدْحُورً
Perintah yang demikian itu ialah sebahagian dari hikmat yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu. Dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah).
(Surah Al-Isra' 17: Ayat ke 39)

PENYELARASAN YURAN KOLEJ: ULASAN DAN SIKAP PMUKM


Beberapa perkara yang berkaitan penyelarasan yuran kolej telah menimbulkan polemik di kalangan warga UKM.

Pada masa ini, penyelarasan tersebut tidak berlaku memandangkan cadangan tersebut tidak diluluskan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti. Jadi, harga yuran kolej kediaman akan tetap pada harga sebelum ini, iaitu RM 2.50/hari (bagi asrama, pra siswazah, kecuali KKM dan KPZ)

Kekeliruan tentang pertambahan jumlah yuran kolej dalam akaun pelajar, iaitu RM 650 atau RM 770 boleh dijelaskan seperti di bawah:

1.   i.    Nilai dalam akaun tersebut adalah nilai cadangan sekiranya cadangan penyelarasan harga kolej diluluskan oleh mesyuarat LPU.
2. ii.  Pertambahan nilai dalam akaun tersebut telah berlaku sejak minggu lepas. Keputusan rasmi LPU berkaitan cadangan penyelarasan harga kolej hanya diketahui pada minggu ini. Secara ringkas, seolah-olah berlaku ‘redundancy’ dalam urusan tersebut. Dalam hal ini, ia  berkisar kepada masalah komunikasi dan teknikal.
3.   iii.  Pihak Bendahari memberi jaminan bahawa nilai tersebut akan turun semula seperti nilai asal.

Penyelarasan ini, sekiranya berlaku, akan memberi impak positif dan negatif seperti yang dinyatakan di bawah:

Impak positif

1.  -   Harga yuran kolej pelajar siswazah adalah sama dengan pelajar pra siswazah, iaitu RM 3.50/hari (asrama) dan RM 4.50/hari (pangsarama)
2.  -    Pelajar KKM dan KPZ akan menikmati penurunan harga kolej kepada harga yang sama dengan penghuni kolej lain.


Impak negatif

1.  -    Penghuni kolej lain (pra siswazah) selain akan KKM dan KPZ akan mengalami kenaikan harga kepada RM 3.50/hari (asrama)


Maklumat tentang harga sebenar yuran penginapan kolej (Kampus Bangi) dan bagaimana ia ditolak dari akaun pelajar boleh diketahui berdasarkan jadual dan huraian di bawah:

Kolej
Jenis penginapan
Harga/hari
Tempoh penginapan
Yuran elektrik  (RM)
Bayaran wi-fi (RM)
Jumlah(RM)
Kampus Bangi (Selain KIZ, KKM & KPZ)
Asrama
2.50
18 minggu
25
45
485
Flatlet
3.70
18 minggu
25
45
636
KIZ
2 orang/bilik
3.00
18 minggu
25
45
548
Seorang/bilik
5.00
18 minggu
25
45
800
KKM & KPZ
2 orang/bilik
4.50
18 minggu
25
45
737
seorang/bilik
5.00
18 minggu
25
45
800
(Sumber: Jabatan Bendahari UKM)

Pada waktu ini (selepas dibetulkan semula oleh Bendahari dan PTM), walaupun seseorang pelajar mungkin menginap di bilik yang berbeza, yuran keseluruhan kolej pelajar DALAM AKAUN adalah RM 485 (asrama, selain KPZ dan KKM) manakala yuran keseluruhan kolej pelajar DALAM AKAUN untuk KKM dan KPZ adalah RM 737. Kedua-dua jumlah tersebut akan ditolak secara ‘lump sum’ dari akaun mereka. Dalam erti kata lain, pelajar yang menginap di flatlet atau bilik seorang akan mendapati jumlah yang ditolak dalam akaun mereka hanyalah RM 485 atau RM 737 dan baki tersebut (RM 151 atau RM 63) perlu dibayar secara manual oleh pelajar tersebut.

                Walau bagaimanapun, nilai yuran penginapan kolej di KTSN dan KTDI berbeza berdasarkan jenis bilik yang dihuni. Apa yang pasti, ia mengikut harga asal dan berjumlah RM 485 (KTSN) dan RM 786 (KTDI, jika waktu pengajian adalah 22 minggu).

Berdasarkan fakta di atas, PMUKM berpandangan:

1.                   Dalam hal yang berkaitan pelajar, pentadbiran universiti harus bersikap terbuka dan membuka ruang perbincangan yang bermakna dengan PMUKM. Hal ini selari dengan perakuan Naib Canselor bahawa golongan pelajar adalah aset yang paling berharga bagi universiti. Sejajar dengan amanah dipikul oleh PMUKM sebagai persatuan yang menaungi seluruh mahasiswa UKM, semua pihak harus bersikap terbuka dan matang. Kepimpinan mahasiswa tidak harus ‘dipukul ratakan’ seperti kepimpinan sekolah. Bahkan golongan ini perlu diraikan peranan dan kehadiran mereka dalam perbincangan-perbincangan universiti berkaitan polisi, perlaksanaan visi dan misi UKM serta kebajikan mahasiswa. Adalah malang sekiranya kepimpinan mahasiswa dianggap oleh sesetengah pihak sekadar pelaksana program (AJK teknikal? Hihi) saja, tanpa menyedari potensi besar yang ada.

2.                   PMUKM menerima dengan baik keputusan LPU. Hal ini tidak bermaksud PMUKM tidak memperjuangkan penurunan harga kolej untuk penghuni siswazah, KKM dan KPZ. Secara ideal, harga penginapan kolej selain KKM & KPZ yang sedia ada  dan penurunan harga yuran penginapan di KKM dan KPZ beserta pelajar siswazah tempatan adalah yang terbaik.

3.                   PMUKM komited untuk memperjuangkan penurunan harga kolej untuk pelajar siswazah tempatan dan penghuni KKM dan KPZ. KKM sekarang telah dihakmiliki oleh UKM. Seharusnya, secara kasar, yuran kolej KKM boleh diturunkan. Pada masa yang sama, PMUKM menyatakan kerbersamaan dengan pentadbiran universiti untuk mengambil alih KPZ demi kebaikan mahasiswa UKM

4.          Sesetengah kolej (sila baca: KKM dan KPZ) mengalami kadar yuran penginapan kolej yang lebih tinggi.Perkara ini bukanlah diminta sendiri oleh mereka, tetapi atas beberapa faktor yang lebih diketahui pada peringkat pentadbiran univerisiti, menyebabkan ada sebahagian mahasiswa terpaksa menanggung beban yang lebih berbanding mahasiswa lain. Adalah sesuatu yang terpuji sekiranya semua mahasiswa berkongsi kesenangan dan kesusahan, jika ada, secara kolektif.

5.                   Perjuangan PMUKM untuk menurunkan harga penginapan kolej KKM dan KPZ perlu disokong secara kolektif oleh JAKSA, PMF dan persatuan-persatuan lain. Ura-ura ini telah bertahun-tahun tersebar, sedangkan PMUKM baru 6 bulan memegang tampuk kepimpinan. Sudah tentu ada beberapa perkara yang berkaitan telah berlaku sebelum kepimpinan PMUKM diangkat pada Mac lepas. Dalam sela tersebut, PMUKM melalui pelbagai cabaran dan ujian. Kita harus mengelakkan budaya menyalahkan secara semberono. Jika ia dilakukan oleh pihak yang hasad untuk mengambil kesempatan, maka sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi balasan. 

PMUKM merancang untuk menghantar kertas kerja cadangan  yuran kolej untuk dibincangkan secara kolektif oleh pentadbiran universiti. PMUKM berpendapat adalah baik sekiranya pimpinan PMUKM turut diberi ruang untuk memberikan pandangan dalam mesyuarat Senat dan LPU. Kertas kerja tersebut mengandungi justifikasi dan cadangan PMUKM tentang penyelesaian terbaik berkaitan yuran kolej kediaman.


Saudara Izuudin Pisol berkata, “Kita sedang melakukan penyelidikan supaya cadangan yang bakal kita (PMUKM) bawakan dapat memberi penyelesaian terbaik kepada semua pihak. Kami sentiasa membuka pintu perbincangan dengan semua. Kami harap mahasiswa UKM dapat merujuk terus kepada PMUKM dan dalam blog, facebook dan youtube PMUKM”.

“Bersama Mahasiswa Realisasi Varsiti”

Salam Nuzul Quran

Assalamu’alaikum, salam keamanan dan salam Ramadhan 1432H.
Bersempena jatuhnya tarikh 17 Ramadhan 1432H pada hari ini, kami mengucapkan Salam Nuzul (Penurunan) Al – Quran kepada semua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang beragama Islam. Sambutan hari peringatan Nuzul Al – Quran ini juga lazimnya digabungkan dengan Peristiwa Perang Badar yang telah terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah.


 
Oleh itu, mari kita sama – sama menjadikan Ramadhan dan Nuzul Quran ini sebagai momentum untuk kembali kepada fahaman yang benar terhadap Al-Quran. Mari kita jadikan Ramadhan ini sebagai momentum untuk meneguhkan tekad kita untuk sentiasa memuhasabahkan diri kita dengan Al-Qur’an; membaca, memahami dan menghayati maknanya; mengamalkan isi kandungannya; serta menjadikannya sebagai sumber hukum untuk mengatur segala urusan kehidupan kita dan sumber penyelesaian atas seluruh masalah kita; seterusnya menerapkan segala isi kandungannya di dalam bentuk setiap individu, masyarakat dan negara.
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang batil)”  [al-Baqarah(2):185].


Tuesday, August 16, 2011

Tarikh Sesi Akademik 2011/2012

PRASISWAZAH- KAMPUS INDUK BANGI, FFAR, FSKB, FPer & FGG Tahun 1

FakultiKegiatanSemester I
TarikhTempoh
FEPPendaftaran Diri Pelajar Baru  & Minggu Mesra Pelajar (MMP) 7 Sept - 11 Sept. 2011 1 minggu
FKAB
FPEND
FPer (Tahun 1)Sesi Pembelajaran12 Sept - 4 Nov 2011 8 minggu
FGG  (Tahun 1) Cuti Pertengahan Semester/Cuti Perayaan5 Nov - 13 Nov 2011 1 minggu
FPISesi Pembelajaran14 Nov - 23 Dis 2011 6 minggu
FSTCuti Ulangkaji/Cuti Perayaan 24 Dis 2011 - 2 Jan 20121 minggu
FSKBPeperiksaan03 Jan - 20 Jan 2012 3 minggu
FSSKCuti Semester21 Jan - 19 Feb 20124 minggu
FTSM
FUU
FFARM
FakultiKegiatanSemester 2
TarikhTempoh
FEPSesi Pembelajaran 20 Feb - 6 April 2012 7 minggu
FKAB
FPEND
FPer (Tahun 1)
FGG  (Tahun 1) Cuti Pertengahan Semester/Cuti Perayaan7 April - 15 April 2012 1 minggu
FPISesi Pembelajaran16 April - 1 Jun 2012 7 minggu
FSTCuti Ulangkaji/Cuti Perayaan 2 Jun - 10 Jun 2012 1 minggu
FSKBPeperiksaan11 - 30 Jun 2012 3 minggu
FSSKCuti Semester1 Julai - 9 Sept 2012 10 minggu
FTSM
FUU
FFARM
FakultiKegiatanSemester III
TarikhTempoh
FEPSesi Pembelajaran2 Julai - 17 Ogos 2012 7 minggu
FKAB
FPEND
FPer (Tahun 1)
FGG  (Tahun 1)
FPI
FSTCuti Ulangkaji/Cuti Perayaan18 Ogos - 26 Ogos 2012 1 minggu
FSKBPeperiksaan27 - 30 Ogos 2012 1 minggu
FSSK
FTSM
FUU
FFARM

[Nota]
Semester 1
  • Cuti Hari Raya Aidil Fitri - 30 dan 31 Ogos 2011 (Selasa dan Rabu)
  • Cuti Hari Kemerdekaan - 31 Ogos 2011 (Rabu)
  • Cuti Hari Malaysia - 16 September 2011 (Jumaat)
  • Cuti Hari Deepavali 26 Oktober 2011 (Rabu)
  • Cuti Hari Raya Aidil Adha - 6 - 7 November 2011 (Ahad dan Isnin)
  • Cuti Awal Muharam(Maal Hijrah) - 27 November 2011 (Ahad)
  • Cuti Hari Krismas - 25 Disember 2011 (Ahad)
  • Cuti Tahun Baru - 1 Januari 2012 (Ahad)
  • Cuti Tahun Baru Cina - 23 dan 24 Januari 2012 (Isnin dan Selasa)
  • Cuti Maulidur Rasul - 5 Februari 2012 (Ahad)
Semester 2
  • Cuti Awal Hari Pekerja - 1 Mei 2012 (Selasa)
  • Cuti Hari Wesak -
Semester 3
  • Cuti Hari Raya Aidil Fitri - 19 - 20 Ogos 2012 (Ahad dan Isnin)

Harga Kolej Naik?

Assalamu'alaikum, salam Ramadhan, salam sejahtera, dan salam mahasiswa.

Meneruskan agenda kebajikan mahasiswa, pihak PMUKM bersedia terkehadapan membawa isu-isu kebajikan mahasiswa ke peringkat pentadbiran Universiti. Terbaru, PMUKM juga cakna akan isu yang hangat dibincangkan di laman sosial, Facebook rakan-rakan UKM berkenaan yuran kolej yang dikatakan sudah dinaikkan.

Untuk makluman rakan-rakan, sebagaimana yang telah dilaporkan di blog ini pada awal bulan ini berkenaan isu harga yuran kolej kediaman telah selesai diajukan kepada pihak pentadbiran UKM, khususnya Unit Perumahan Pelajar (UPP) dan Bendahari UKM. Justeru itu, dengan isu terkini yang dikatakan yuran kolej telah naik dilihat juga telah selesai dan tidak perlu digembar-gembur lagi. Ini kerana pihak UKM telah berjanji untuk membuat pengumuman berkenaan harga yuran kolej kediaman bagi sesi pengajian 2011/2012 akan datang dalam masa terdekat sebagai makluman rasmi kepada semua mahasisw

Speaker PMUKM saudara Arif bin Misrol dalam komen beliau di Facebook telah memaklumkan bahawa pihak Bendahari sepatutnya mengeluarkan senarai harga yuran kolej kediaman di UKM pada minggu ini, tetapi masih belum dapat mengeluarkannya kerana sedang membuat perbandingan dengan harga kolej kediaman di IPTA yang lain.



Berkenaan cakap-cakap yang mengatakan PMUKM lewat membawakan isu ini, kami di PMUKM ingin memohon rakan-rakan merujuk laporan berkenaan yuran kolej kediaman di UKM di blog ini pada awal bulan ini. Laporan tersebut jelas buktimanifestasi tindakan pihak PMUKM yang proaktif dan tidak 'duduk berpeluk tubuh' atau bersetuju bulat-bulat dengan pihak pentadbiran Universiti. 

Untuk makluman rakan-rakan, pihak PMUKM kini giat mengadakan siri-siri perbincangan dengan pihak pentadbiran UKM serta dalam proses meneliti kewajaran harga kolej kediaman yang terkini, sama ada ia berkurangan atau bertambah berbanding harga yuran kolej sebelum ini.

Di sini, pihak PMUKM ingin menegaskan bahawa kita sebagai wakil suara mahasiswa bersedia membawa apa-apa isu dengan tindakan yang matang dan profesional demi kepentingan kedua-dua pihak; mahasiswa dan pentadbiran Universiti tanpa perlu mencetuskan provokasi. 

Justeru itu, diharapkan isu ini tidak perlu digembar-gembur atau ditokok-tambah sehingga mencetuskan suasana tidak tenang di kalangan rakan mahasiswa yang sedang berada di kampung halaman.

Pihak PMUKM juga berjanji akan segera memaklumkan sebarang perkembangan terkini berkenaan isu ini di blog ini dan group laman sosial Facebook PMUKM.

Teruskan bersama kami di PMUKM !


Bersama Mahasiswa Merealisasi Varsiti

sumber : http://pm-ukm.blogspot.com/2011/08/harga-kolej-naik.html

Thursday, August 11, 2011

Edaran Kurma Sempena Ramadhan

10 Ogos 2011 - Bersempena Ramadhan Al-Mubarak 1432 H ini, MPM FPER 1/2,  Kamarul Hatem bin Mohammad, telah turun padang bersama-sama dengan siswa/i Fakulti Perubatan mengedarkan kurma di Dewan Kuliah 1, sekitar jam  2 petang sementara menanti kuliah seterusnya. Beliau yang juga Exco Informasi dan Penerangan PMUKM mengucapkan Selamat Bepuasa kepada semua muslimin dan muslimat Fakulti Perubatan tahun 2. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan semoga bersabar ditujukan kepada mereka memandangkan ketika ini hanya pelajar perubatan tahun 2 sahaja merupakan majoriti yang masih setia di KTSN. Pelajar-pelajar di fakulti lain kebanyakannya masih lagi di rumah menyambut Ramadhan bersama keluarga sebelum mereka menjejakkan kaki ke kolej semula pada 12 September 2011. Sehubungan dengan itu juga MPM Kamarul Hatem menyeru untuk semua siswa/i terus meningkatkan usaha untuk mengapai cita-cita iaitu kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Dunia merupakan sebuah perjalanan sebelum destinasi terakhir, iaitu akhirat muncul.
            Akhir kalam, semoga puasa kita diterima oleh Allah SWT dan kita berjaya menjejakkan kaki di 1 Syawal dengan Ijazah Takwa dan keredhaan dariNYA. InsyaAllah


Bungkusan edaran kurma bersama dengan ucapan Selamat Menyambut Ramadhan oleh MPM Kamarul Hatem


Warga Cina turut mendapat kurma dari MPM Kamarul Hatem


Wajah-wajah ceria mahasiswa/i perubatan menerima kurma

Monday, August 1, 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


Assalamualaikum w.b.t rakan-rakan mahasiswa/i, semoga anda semua berada dalam limpahan rahmat-Nya. di kesempatan ini, saya Nurul Akma. Binti. Zulkiefli dan Kamarul Hatem bin Mohammad, ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN ". Marilah kita bersama-sama menggunakan peluang dan nikmat yang ada untuk melakukan ibadah di bulan mulia ini.

Dalam Surah Al-Baqarah (2:185) : Allah SWT telah berfirman :
Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). kerana itu, barangsiapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. dan barangsiapa yang sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari lain. Allah mengkehendaki kemudahan bagimu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu. hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.


Rakan-rakan,
di hujung ayat ini Allah SWT telah menyatakan "hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya" , maka dengan demikian untuk mengisi perintah Allah ini, Nabi SAW memberi contoh. iaitu agar pada bulan RAmadhan ini memperbanyakkan ibadah, solat terawih (qiyamuillail) meperbanyakkan membaca Al-Quran dan meperhatikan huruf-huruf (tadarus) dan memperbanyakkan pula berbuat baik, bersedekah, memberi makan fakir-miskin, menjamu walaupun hanya dengan seteguk air, sebutir kurma, sepiring nasi. di penutupannya dibagikan zakat fitrah dan solat eid dul fitri dengan membaca takbir dan tahmid, alamt bersyukur.

Syukuri Nikmat Allah dan agungkan-Nya! kerana engkau tidak lagi hidup di dalam gelap. Nur atau cahaya iman telah memberi terang dalam hatimu. Syukuri nikmat Tuhan, kerana berkat taufiq dan hidayah-Nya jualah, kamu telah membuktikan bahawa kamu adalah insan yang berakal dan berbudi, dapat mengendalikan diri, nafsu, dan syahwat. tiap-tiap matahari terbenam, sehari engakau telah menang. dan bila sebulan ramadhan telah habis dan Syawal datang, engkaupun telah beroleh kejayaan hidup untuk bakal menghadapi tahun hadapan.

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY EXAMINATION

HAPPY EXAMINATION