Wednesday, June 22, 2011

TERKINI KEBAJIKAN UKM KL

LAPORAN KEBAJIKAN TERBARU DARI MPP KAMARUL HATEM

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua
     Alhamdulillah, pada 15.6.2011, saya, selaku MPP FPER 1/2, Kamarul Hatem bin Muhammad telah berjumpa dengan En Fairuz Mohd Rafdzi, Penolong Pendaftar UKM Kampus Kuala Lumpur  untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai kafe, mesin atm Bank Islam dan lain-lain.
      Saya diberitahu bahawa kedua-dua kafe iaitu kafe fakulti dan kafe KTSN akan bertukar tender, proses ini dijangka pada bulan puasa tahun ini iaitu pada bulan ogos 2011. Selain itu, proses mengubahsuai juga akan dilakukan, untuk kafe fakulti ubahsuai akan dilakukan dalam masa terdekat iaitu pada bulan 7 untuk menambah 2 stall dibahagian luar.  


        Ini bertujuan untuk mewujudkan 3 pemilik kafe untuk menambahkan persaingan dari segi kualiti perkhidmatan.unkuk kafe di ktsn, ubahsual akan dilakukan pada tahun hadapan.
       Selain itu, mesin ATM Bank Islam akan dipasang sebelum bulan 9, pihak pegurusan fakulti juga meminta pihak Bank Islam supaya memasang juga mesin Cash Deposit bagi memudahkan urusan pembayaran yuran.
       Dewan kuliah 2 dan 3 juga akan diubahsuai sebelum bulan 9 ini. Untuk tambahan , tempat letak motor di depan blok E fakulti telah siap dan boleh digunakan


Sebarang info akan saya kemaskini dari semasa ke semasa.terima kasih
-BERSAMA MAHASISWA MEREALISASI VARSITI..
Kamarul Hatem B. Muhammad
Biro Informasi dan Penerangan
PMUKM 2010/2011

Thursday, June 2, 2011

Rejab: Merungkai sirah Rasul tercinta

Bulan rejab merupakan salah satu daripada empat bulan haram dalam kalendar Islam.

إن عدة الشهور عند الله اثنا عشر شهرا فى كتاب الله يوم خلق السموت والأرض منها أربعة حرم

‘Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram.’
At-Taubah : 36



Selain Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram, Rejab merupakan salah satu daripada bulan-bulan mulia, dimana diharamkan pertumpahan darah padanya. Juga sebagaimana bulan-bulan Islam yang lain, bulan Rejab dihiasi dengan ukiran peristiwa-peristiwa perjuangan Rasulallah dan Umat Islam. Bulan Rejab menjadi saksi kepada  Hijrah pertama ke Habsyah, peristiwa Isra’ Mikraj, Perang Tabuk, pembukaan semula Baitul Maqdis oleh Salahuddin Al-Ayubi dan beberapa peristiwa yang lain.


Isra’ Mikraj

Peristiwa Israa’ Mikraj merupakan antara peristiwa yang paling istimewa dan luar biasa dalam hidup Baginda s.a.w. Beliau telah menjadi undangan Allah s.w.t. Dari Makkah ke Baitul Maqdis, dan seterusnya ke Sidratul Muntaha, beliau telah dimuliakan dengan pertemuan langsung dengan Allah s.w.t, pada tempat yang mana malaikat sendiri tidak dapat hadir.

سبحن الذى أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذى بركنا حوله لنريه من ءايتنا إنه هو السميع البصير

‘Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.’
Al-Isra’ : 1



Luka kehilangan Abi Talib dan Khadijah masih merah di hati, tatkala Rasulallah dengan penuh harapan memilih untuk berdakwah ke Thoif. Alangkah sedihnya hati tatkala menerima layanan yang tidak berperikemanusiaan oleh penduduk Thoif. Dalam pada itu, Rasulallah mengungkapkan kata-kata yang penuh bermakna;

إن لم تكن بك علي غضب فلا أبالى

‘Sekiranya engkau (wahai Allah) tidak murka kepadaku, maka aku tidak kisah.’

Betapa jelasnya Rasulallah s.a.w akan tugas yang dipikulnya. Beliau hanya penyampai dan Allah jualah pemberi hidayah. Para malaikat dan seluruh alam berkongsi kesedihan Rasulallah s.a.w, sehinggakan malaikat menawarkan untuk membinasakan penduduk Thoif.

Inilah suasana dimana berlakunya peristiwa Isra’ Mikraj. Tatkala muslimin bersedih dan tertanya-tanya adakah masih ada sinar harapan untuk dakwah ini.


Allah telah memilih masa yang paling sesuai untuk menyeru kekasih-Nya. Pertemuan dengan Allah s.w.t telah mengubati kesedihan Rasulallah s.a.w. dan memberi semangat baru kepada Baginda.

Umat Islam telah dihadiahkan dengan kewajipan solat. Kewajipan utama yang bakal menjadi rahsia perpaduan dan kekuatan ummat Islam. Betapa pentingnya solat sehinggakan Rasulallah s.a.w sendiri naik ke langit untuk menerimanya, dan bukan melalui perantaraan Jibril seperti kewajipan-kewajipan yang lain.
Peristiwa Isra’ Mikraj juga menjadi petanda bahawa Islam akan menerajui tampuk pemerintahan dunia satu masa nanti. Dengan menyebut Masjidilharam dalam ayat pertama surah Al-Isra’, Allah telah menjanjikan Makkah untuk muslimin, sedangkan Kaabah ketika itu dipenuhi berhala. Perjalanan Rasulallah s.a.w yang aman dari Makkah ke Palestin juga menjadi tanda bahwa Islam akan menguasai tanah diantara kedua-duanya.



Perjalanan Rasulallah s.a.w ke Baitul Maqdis menjadi petanda akan kepentingan dan ketuanan bumi Palestin kepada umat Islam. Bumi yang menjadi rebutan dan sentiasa bergelojak ini akan hanya aman apabila muslimin kembali memerintahnya.


Rejab dan Ramadhan
Apabila tibanya bulan Rejab, Rasulallah s.a.w akan meningkatkan amalan beliau. Terutamanya puasa. Ini kerana Rejab merupakan titik tolak untuk menghadapi Ramadhan. Doa Rasulallah s.a.w ketika datang bulan Rejab;

اللهم باركلنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

‘Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan pertemukanlah kami (panjangkan umur kami sehingga dapat berjumpa) dengan Ramadhan.’


Apabila tiba sahaja Ramadhan, Rasulallah s.a.w dan para sahabat akan mengucapkan selamat tinggal sesama mereka. Beruzlah dan bermunajat, masing-masing berusaha untuk mencapai tahap yang tertinggi di sisi Allah s.w.t. Jelas kelihatan kesungguhan mereka, kesungguhan yang bermula daripada Ramadhan yang lepas, ditiupkan pada awal Rejab, yang akhirnya membara dan terus meningkat di bulan Ramadhan.


Syaaban menanti
Rejab yang bersejarah dan penuh dengan kebaikan ini akan pergi meninggalkan kita. Sedangkan kita baru sahaja berkenalan dengan Isra’ Mikraj, kepentingan Al-Quds dan perjuangan saudara kita disana.
Ramadhan al-Mubarak semakin menghampiri, malangnya kita masih belum mengorak langkah kearahnya. Puasa sunat kita masih longlai.
Adakah begitu malang nasib kita?
Sahabat yang dikasihi sekalian, ketahuilah bahawa pintu kebaikan sentiasa terbuka luas. Dan Allah tidak akan sesekali mensia-siakan amalan hambanya yang ikhlas.

إن الذين ءامنوا وعملوا الصلحات إنا لا نضيع أجر من أحسن عملا

‘Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.’
Al-Kahfi : 30



Pedoman yang diambil dari kealpaan yang lalu,
Lebih bermakna dari ilmu yang dibiarkan membisu.
Sekiranya pemergian Rejab itu ditangisi,
Semoga Syaaban yang bakal menanti menghiburkan hati.
Sedikit peringatan buat semua,
Dalam keasyikan memburu cinta,
Jangan lupa perjuangan mereka disana.



sumber:ismamesir

Keputusan Peperiksaan Semester II Sesi Akademik 2010/11



Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Semester II Sesi Akademik 2010-
2011 boleh disemak menerusi web di alamat
gerbang SMS-UKM dengan menaip maklumat berikut:

http://www.ukm.my/smpweb dan menerusi
UKM RESULT<No Matrik>< No MyKad/Passport>
 
Semakan boleh dibuat mulai
akan dihantar ke alamat tetap pelajar mulai
8 Jun 2011. Manakala slip keputusan peperiksaan rasmi13 Jun 2011.
dan hantar ke 15888

PENGEDARAN KAD MASUK PEPERIKSAAN DAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN (KMJP) SEMESTER III SESI AKADEMIK 2010-2011

Assalamu'alaikum.

Kepada siswa/i yang mengambil semester III cuti ini, buat pengetahuan, peperiksaan akhir Semester III Sesi Akademik 2010-2011 akan bermula pada 20 hingga 24 Jun 2011.

Oleh itu, diminta siswa/i mengambil Kad Masuk Peperiksaan dan Jadual
Peperiksaan (KMJP) di Pejabat Dekan Fakulti masing-masing mulai

Sebarang maklumat lanjut, bolehlah layari http://www.ukm.my/e-pelajar/akademik_content.htm#01062011-1
7 Jun 2011.

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY DEEPAVALI

HAPPY EXAMINATION

HAPPY EXAMINATION